in

Hukuman Mati Blood Eagle: Teknik Penyeksaan Viking Paling Ngeri & Kejam Dalam Sejarah Kehidupan Manusia

Feat

Untuk korang yang tak tahu, Viking adalah orang Skandinavia yang pergi menyerang tanah atau perairan di luar kawasan Skandinavia pada abad ke-8 hingga ke-11.

Kalau korang pernah tengok series Vikings dekat History Channel, korang memang tahulah yang dorang ni memang akan gunakan kekerasan sebab nak rampas harta dan tanah dan dorang buat semua ni atas nama tuhan-tuhan dorang dan salah satunya adalah Odin.

Fun Fact: Dorang percaya kalau dorang mati masa tengah berlawan untuk masa menyerang tanah orang lain ni, dorang akan diangkat masuk ke dalam syurga dorang yang dipanggil Valhalla. Di sana, dorang akan duduk bersama tuhan-tuhan dorang dan pejuang-pejuang yang mati masa berperang. Macam orang Islam lah, mati syahid gitu.

Blood Eagle

3 6Cda57E3 2Cff 4762 8650 D76C3C05Bce3

Viking ni kalau dorang bunuh atau hukum orang, memang dorang tak ada belas kesian tau. Dorang memang kejam dan tak ada rasa belas kasihan. So, kali ni admin nak cerita pasal salah satu teknik dorang dalam menghukum orang. Teknik ni dipanggil sebagai Blood Eagle.

Blood Eagle, dikatakan hukuman paling kejam dalam sejarah manusia sampaikan pakar sejarah susah nak percaya yang benda ni betul-betul berlaku.

Dalam series Vikings, dorang describe Blood Eagle ni sebagai teknik penyeksaan yang paling kejam dan menakutkan yang pernah dicipta:

Mangsa akan dibiarkan hidup sementara dorang tikam belakang badan dan kelar tulang belakang supaya tulang rusuk, paru-paru dan usus boleh dikeluarkan dan dibentuk menjadi sayap berdarah.”

Sejarah hukuman Blood Eagle

Menurut AllThatsInteresting, penggunaan terawal hukuman Blood Eagle dikatakan berlaku pada tahun 867. Ia berlaku beberapa tahun sebelum Aella, Raja Northumbria (kini dikenalik sebagai North Yorkshire, England), menjadi mangsa serangan Viking.

Aella telah membunuh ketua Viking, Ragnar Lothbrok dengan membuang dia ke dalam lubang berisi ular hidup berbisa.

Sebagai pembalasan, anak-anak Ragnar telah menyerang England pada tahun 865. Ketika itu, Ivar The Boneless, anak Ragnar, Viking yang paling digeruni mahukan Aella mati.

Dah semestinya kalau bunuh Aella macam tu je takkan cukup untuk membalas penderitaan Ragnar semasa dia dibunuh.

So, Ivar nak jadikan Aella sebagai contoh dan buat musuh-musuh dia rasa takut dengannya.

Sebab tu, dia menghukum Aella dengan hukuman Blood Eagle.

Cara hukuman dilaksanakan

Blood Eagle

Sarjana-sarjana moden berdebat tentang bagaimana Vikings melaksanakan ritual ini dan adakah betul dorang ni buat hukuman ni.

Mana taknya, proses Blood Eagle ni terlampau kejam dan menakutkan sampai susah nak percaya yang dorang memang betul-betul buat benda ni.

Sama ada, ritual ini benar-benar dilakukan atau pun tak, kita memang tak boleh nak deny yang hukuman ni memang ngeri dan kejam.

Sebab, pada awalnya dorang akan ikat tangan dan kaki mangsa supaya dorang tak dapat lari atau buat pergerakan mengejut. Lepastu, orang yang berdendan tu akan tikam tulang ekor mangsa hingga ke rusuk.

Setiap tulang rusuk akan dipisahkan dari tulang belakang dengan menggunakan kapak sampai organ dalaman mangsa boleh dilihat.

Difahamkan, sepanjang proses ini, dorang akan pastikan mangsa terus hidup lepastu dorang akan letak garam dekat luka yang terbuka. Scary gilaaa

Tak cukup dengan itu, lepas dorang potong tulang rusuk dan keluarkan tulang rusak dari belakang badan, penyeksa akan keluarkan paru-paru mangsa untuk buat macam orang ni ada sepasang sayap yang terkeluar dekat belakang.

Ritual disebalik Blood Eagle

Blood Eagle

Aella bukanlah keturunan di-Raja yang terakhir menerima hukuman ini. Seorang sarjana percaya yang sekurang-kurangnya empat orang yang berpengaruh turut mengalami nasib yang sama.

Ini bermakna, teknik penyeksaan ini telah berlaku di England, Ireland dan France. Dikatakan, ada dua sebab utama kenapa Viking gunakan Blood Eagle pada mangsa dorang. Pertama, dorang percaya yang ini adalah korban untuk tuhan mereka, Odin dan kedua kerana hukuman ini dijalankan sebagai balasan kepada individu yang tak dihormati.

Teknik penyeksaan Viking yang lain

Selain Blood Eagle, Vikings ada juga amalkan teknik-teknik penyeksaan yang lain.

Daging Tergantung

Caranya, dorang akan cucuk tumit kaki mangsa dan masukkan tali melalui lubang tersebut dan ikat tali tu dan gantung mangsa secara terbalik. Mangsa bukan je rasa sakit dekat bahagian tumit, tapi darah akan mengalir sampai ke hati dorang.

Perjalanan maut

Badan mangsa akan dibelah dan usus akan dikeluarkan sikir, kemudian penyeksa akan pegang usus mangsa sambil suruh mangsa jalan keliling pokok sampailah semua usus keluar dan balut pokok tersebut.

Tak kisahlah macam mana penyeksaan yang Vikings buat, yang penting dorang tahu macam mana nak tunjuk dekat musuh dorang supaya jangan pandang dorang sebelah mata.

Kalau semua penyeksaan yang diceritakan ni tak betul, maknanya Vikings ni memang tahulah macam mana nak buat orang-orang semua takut dengan dorang tanpa perlu buat apa-apa pun sebenarnya.

 

Baca: “The Rape Of Nanking” : Sejarah Hitam Kekejaman Jepun Seksa, Rogol, Tembak & Penggal Manusia Hingga Ragut Lebih 300,000 Nyawa.

Screenshot 2019 06 01 At 11.40.48 Pm