in

“Hubungan intim bukan punca utama” – Ustazah Asma’ Harun Dakwa 90% Pasangan Bercerai Sebab…

Ft Asma Harun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perunding Cara Keluarga dan juga merupakan seorang pendakwah Asma’ Harun menyifatkan bahawa hubungan intim bukanlah punca utama kepada pergolakan rumah tangga sehingga menyebabkan perpisahan di negara ini.

Menurutnya, 90% rumah tangga yang bercerai atau menghadapi pergaduhan berpanjangan itu adalah disebabkan pengabaian solat.


 

Ada kalanya masalah hubungan intim, tapi…

Menerusi Sinar Harian, Asma’ Harun menyatakan bahawa biarpun pasangan mengadu pasal isu lain seperti orang ketiga, kewangan, hubungan intim dan lain-lain, beliau mengatakan bahawa masalah tersebut berlaku disebabkan tidak mendirikan solat.

Screenshot 2023 05 16 122754

“Semua ini ada kajian ilmiah berdasarkan analisis setiap kes, fokus kepada punca masalah melibatkan ribuan kes dalam tempoh saya bertugas.”

“Masalah hubungan intim ada kalanya menjadi sebab utama, tapi kebanyakannya adalah kesan akibat bila syariat Islam diabaikan.”

Screenshot 2023 05 16 122734

Kata bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam (Ketua Unit Rundingcara), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) itu lagi, jika suami yang tidak solat pasti cenderung mengabaikan tanggungjawab asas sebagai suami dan mempunyai sikap yang tidak menyenangkan.

“Paling utama hilang berkat dalam hubungan dan terhalang rahmat ALLAH, maka hubungan intim yang sepatutnya sebagai ibadah yang indah boleh bertukar menjadi musibah.

“Begitu juga dengan seorang isteri yang tidak solat, jika kewajipan paling utama sebagai Muslim diabaikan dan tidak rasa berdosa, maka apa sangat nak rasa berdosa bila menolak ajakan suami tanpa sebab kukuh, walaupun amaran yang sangat berat.”

Itulah pentingnya untuk tegakkan tiang agama supaya hubungan suami isteri terus kukuh.

Baca : “Bukan akhlak Islam” – Menteri Arah JAKIM Buat Laporan Tentang Wanita Kongsi ‘Content’ Lucah di Telegram

Wanita Telegram Menteri Agama 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.