Pengeluar kereta mainan Hot Wheels, Mattel Inc, mengumumkan kerjasama dengan jenama kereta Malaysia iaitu Proton untuk menghasilkan model skala 1:64 Proton Saga 1985 yang merupakan kereta nasional pertama negara.
Menurut New Straits Times, Presiden dan Ketua Pegawai Komersil Mattel Inc, Steve Totzke berkata kolaborasi itu adalah untuk memperingati ulang tahun ke-40 syarikat permainan tersebut di Malaysia.
Lepas ni kita akan ada kereta malaysia dalam hot wheels ? pic.twitter.com/EnmwxwZr7m
— Myrulee (@Myrulee_) December 6, 2022
“Ini adalah perkongsian pelesenan yang menarik kerana kami bergabung untuk membangunkan kereta Hot Wheels, mengikut model Proton Saga asal iaitu model pertama keluaran Proton yang kini akan menjadi sebahagian daripada koleksi peribadi Hot Wheels.
Perkongsian ini bertujuan mempertahankan warisan kebanggaan Mattel dan Proton untuk terus menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada peminat semua peringkat umur di seluruh dunia.” katanya.
Menurut Totzke, Proton Saga merupakan kereta pertama daripada jenama automotif Malaysia dan sudah pastinya ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara ini yang membolehkan rakyatnya memiliki kereta.
Selain itu, Hot Wheels model Proton Saga itu dijangka bakal menembusi pasaran seluruh dunia menjelang akhir 2023.
Kena ada ni!