in

“Ingatkan murah…” – Dah Janji Nak Hadiah Pada Suami, Wanita Ternganga Tengok Harga Kereta Hot Wheels Ini

Hot Wheels 1 E1647743352183

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memberi hadiah boleh dianggap sebagai salah satu cara untuk menghargai seseorang individu itu. Samalah seperti seorang isteri ini yang mahu membelikan sebuah kereta mainan Hot Wheels buat suaminya yang suka mengumpul kereta mainan jenama ini.


Pun begitu, wanita berkenaan hanya mampu tergamam saja bila dia mendapat tahu harga sebuah kereta mainan itu boleh mencecah sehingga ratusan ringgit.

Hot Wheels E1647141164471

Meninjau di grup Facebook Hot Wheels Trade & Sell Malaysia, seorang wanita yang menggunakan nama Nia Nik ada bertanyakan pada ahli kumpulan lain grup berkenaan mengenai harga sebuah kereta mainan Hot Wheels yang berharga agak mahal.

Kata wanita terbabit menerusi postingnya, dia pada mulanya menganggap harga untuk model yang diinginkan suaminya murah saja tapi bila diperiksa, model yang didambakan si suami berharga jauh lebih mahal berbanding harga model Hot Wheels standard.

24C5D62Ca8520A2D1B6A1414F76679Fa E1647141256947
Gambar hiasan

Untuk pengetahuan, model yang didambakan suami wanita ini adalah daripada model Super Treasure Hunt (STH) Porsche 356 Outlaw Gulf yang dikatakan memang barang katergori rare.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata ahli grup terbabit memberi respon yang positif terhadap pertanyaan wanita berkenaan. Malah, ada juga yang menerangkan kepada wanita itu mengapa model tersebut memang berharga seperti itu.

Tak kurang juga ada yang bergurau dan meminta suami kepada wanita berkenaan ‘membalas’ kembali kerelaan hati isteri melayan hobi suaminya.

Kata wanita itu lagi, pemberian hadiah kereta mainan itu adalah sebagai tanda penghargaan kerana suaminya itu selalu menyokong dan membantunya dalam bisnes online. Disebabkan suda berjanji, wanita itu berkata dia tetap akan berusaha untuk mendapatkan model Hot Wheels terbabit.

Sumber: Hot Wheels Trade & Sell Group

Baca: Warganet Bingung Lihat Orang Dewasa Berebut Hot Wheels Di Toys “R” Us, Mana SOP?

Cats 6 E1647138555916

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.