in

Hospital Shah Alam Jadi Hospital Pertama Tak Akan Ambil Pesakit Covid-19 Di Selangor

Collage 70

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelmarin, Hospital Ampang diumumkan jadi hospital khusus untuk pesakit Covid-19 bagi menampung pesakit Covid-19 yang makin meningkat di Selangor serta merta.



Berkuatkuasa semalam pula, Hospital Shah Alam akan menukar status mereka dari hospital hibrid Covid-19 kepada hospital pertama tanpa pesakit Covid-19 di Selangor.

Menurut FMT, Pengarah Kesihatan Selangor Dr Sha’ari Ngadiman mengatakan ekoran penukaran status ini, Hospital Shah Alam hanya akan menerima pesakit bukan Covid-19 dan kes pandemik hanya akan dilayan di bahagian kecemasan sahaja.

Kes Covid-19 hanya akan diterima di bahagian kecemasan sahaja dan kita akan rujuk kes-kes ini ke Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh dan pesakit berisiko rendah akan di bawa ke pusat kuarantin di MAEPS.

“Dengan Hospital Shah Alam dijadikan hospital untuk pesakit bukan Covid-19 sepenuhnya, ia kini boleh membuat pembedahan dan beroperasi seperti hospital normal.”

Katil 1620452898

Keputusan ini dibuat selepas menukar Hospital Ampang menjadi hospital khusus untuk rawatan Covid-19 berkuatkuasa pada 23 Jun kelmarin.

Tambah Dr Sha’ari lagi, jabatannya kini sedang mensasarkan dua lagi hospital hibrid iaitu Hospital Kajang dan Hospital Banting untuk menjadi hospital khusus untuk pesakit Covid-19 selepas ini.

Sementara itu, rawatan utama di Hospital Ampang seperti penyakit berkaitan darah, obstetrik dan paediatric akan dikekalkan walaupun status hospital tersebut telah ditukar.

Hospital Ampang merupakan pusat rujukan untuk penyakit berkaitan darah. Jadi, walaupun ia telah menjadi hospital khusus Covid-19, kita masih akan mengekalkan ia menjadi pusat rujukan serta untuk obstetrik dan paediatrik.

Ketiga-tiga ini tidak akan diganggu walaupun selepas menjadi hospital khusus Covid-19.”

Tambahnya lagi, sebanyak 700 katil telah disediakan di Hospital Ampang bagi menampung pesakit Covid-19 kategori tiga dan empat.

 

Baca: Selepas Sg Buloh, Hospital Ampang Kini Jadi Hospital Khusus Covid-19 di Selangor

Screenshot 2021 06 25 At 12.29.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.