in

[VIDEO] Anak Perempuan ‘Nampak’ Arwah Papa Tepi Kubur, Netizen Cakap ‘Untung’ Dapat Jumpa

Page Kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada tak adik-adik atau anak buah yang pernah kata dia nampak benda yang korang tak nampak? Orang kata, budak-budak ni ada ‘anugerah’ istimewa yang membolehkan mereka melihat makhluk halus yang tidak dapat kita nampak dengan mata kasar.


Bagi min, kejadian ni boleh dikatakan selalu juga terjadi dalam kalangan masyarakat kita, macam video yang tular kat TikTok baru-baru ni yang mana pemilik akaun @shazwanaainaa_ berkongsikan situasi anaknya ‘berjumpa’ dengan papanya.

@shazwanaainaa_0606

Balik dari kubur hari tu iman kata dia nampak papa kat tepi kubur cikgu papa..papa bye2 iman..rezeki iman dapat tengok papa😊.. #alfatihahbuatmu #rindukapapa😭

♬ original sound – Ain@ Ridzu@n – Aina Ridzuan

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Aina ini telah menziarahi kubur arwah suami bersama anaknya untuk meraikan hari raya ‘bersama-sama’. Namun, kejadian itu berlaku semasa mereka berdua ingin pulang.

“Tu, papa kat tepi tu…”

Semasa berada di dalam kereta, pandangan mata anaknya tak lepas memandang di bahagian kubur suaminya sambil mengatakan bahawa arwah papanya ada di tepi kubur dan sedang memerhatikan mereka.

Di bahagian komen pula, ramai yang mengatakan bahawa anak perempuan Aina sangat ‘beruntung’ kerana dapat ‘berjumpa’ dengan ayahnya untuk melepaskan rindu walaupun hanya dalam masa yang singkat.

“Rezeki dpt tgk papa dia time2 raya ni..” – Komen netizen

Tiktok Full 1

Bukan tu je, gelagat anaknya yang kerap menunjuk di sekitar kawasan kubur siap melambai sebelum pulang juga meraih perhatian netizen yang rata-rata sayu kerana kerinduannya boleh dirasai walaupun tak diungkap dengan kata-kata.

Alahai, sedihnya min tengok… Semoga roh arwah papa awak ditempat dikalangan orang yang beriman ya! 

Baca: “Budak kan boleh lihat” – [VIDEO] Anak Nampak ‘Tok Ayah’ Tepi Kubur, Reaksi Bapa Buat Ramai Sebak…

Untitled 3 2

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.