Berkebolehan dalam berbahasa selain bahasa ibunda merupakan salah satu perkara yang mempunyai banyak manfaat, ianya termasuklah menaikkan keyakinan diri selain secara tidak langsung dapat mempelajari budaya lain.
Terbaru, video yang dimuat naik oleh jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) membuatkan ramai netizen terkedu kerana beliau dilihat boleh berbahasa Mandarin dengan sangat lancar, meskipun video itu memaparkan beliau dan anaknya terkandas di sebuah lapangan terbang di China.
Artikel berkaitan: Harga Beg Tangan Cecah Jutaan Rupiah, TikToker Indonesia Gelar DSV ‘Crazy Rich Malaysia’
Artikel berkaitan: “Cik B spend sejuta?” – DSV Muat Naik Video Anak-anak ‘Show Off’ Perbelanjaan Bulanan
Dalam video itu, difahamkan kapal terbang yang sepatutnya membawa DSV dan anaknya tidak dapat berlepas kerana masalah cuaca dan beliau terkandas di lapangan terbang sebelum beliau membuat keputusan untuk menginap di hotel.
@datoserividaofficial Tak pernah jadi gini kakak, kelam kabut sungguh 😩 #datosrivida #quputehbarulahputeh
Pun begitu, yang menarik perhatian netizen ialah dalam video sambungan, beliau dilihat bercakap Mandarin dengan pekerja serta pramugari syarikat penerbangan itu.
@datoserividaofficial Replying to @nuyinnn alhamdulillah dah settle dah boleh naik flight 🤲🏻 #datosrivida #quputehbarulahputeh
“Pandainya DSV!”
Kebolehan DSV itu membuatkan ramai netizen lebih terinspirasi dengannya malah ada juga yang memberitahu DSV sebenarnya pernah mengajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Ipoh, Perak.
DSV juga ada membalas komen salah seorang netizen yang tidak menafikan kenyataan berkenaan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru.
Wah, memang hebatlah DSV ni!
Sumber: TikTok