in

HASiL Kesan Transaksi Kewangan Aktif Tidak Sepadan Dengan Rekod Percukaian Sedia Ada

Lhdn Ft Aset

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesan terdapat pembayar cukai yang mempunyai transaksi kewangan aktif tetapi tidak sepadan dengan rekod percukaian sedia ada hasil analisis yang dijalankan pihaknya. 

Antara yang dikenal pasti termasuk:


  • pembelian bernilai lebih RM100,000
  • pembelian kenderaan dan aset
  • transaksi dalam talian yang aktif tanpa pelaporan pendapatan yang sewajarnya.

Lhdn Pfp 1

Sejak pelaksanaan e-Invois pada 1 Ogos 2024, lebih 230,000 pembayar cukai telah mengemukakan sebanyak 1.505 bilion e-Invois. Bermula 1 Januari 2026 pula, e-Invois perlu dikeluarkan bagi setiap transaksi jualan barangan atau perkhidmatan melebihi RM10,000.

Artikel berkaitan:  Semua Permohonan Baharu Kelulusan Subseksyen 44(6) Wajib Melalui e-Derma mulai 15 Jun – LHDN

Artikel berkaitan: HASiL Perkenal e-Rayuan Pungutan Cukai Pegangan, Kini Boleh Mohon ‘Online’ Di MyTax

Melalui pendekatan “nudging” yang dilaksanakan, seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi pendapatan tahun taksiran terdahulu melibatkan jumlah pendapatan RM4.07 bilion dan cukai kena dibayar sebanyak RM1.009 bilion.

Dalam pada itu, HASiL turut mengesan beberapa kesilapan yang masih dilakukan pembayar cukai, antaranya:

  • Mengeluarkan e-Invois secara tidak konsisten bagi sebahagian transaksi sahaja
  • Mengeluarkan e-Invois yang tidak mematuhi garis panduan ditetapkan
  • Menghantar e-Invois disatukan selepas tempoh masa yang dibenarkan
  • Gagal mengeluarkan e-Invois bagi transaksi melebihi RM10,000 mulai 1 Januari 2026

Aset Gh 1

HASiL menasihatkan pembayar cukai supaya membuat pembetulan secara sukarela sekiranya masih terdapat transaksi yang belum dilaporkan kerana tindakan penguatkuasaan dan perundangan boleh diambil terhadap ketidakpatuhan yang dikesan.

Sumber: HASiL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.