in

Harta Pablo Escobar Masih Ada! Anak Saudara Terjumpa RM75 Juta Tunai Disimpan Dalam Beg di Bilik Rahsia

P6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni anak saudara Pablo Escobar, Nicolas, buat video mengatakan yang dia terjumpa 18 juta dolar (RM74,799,000) tunai milik peninggalan mendiang pakciknya kat satu bilik rahsia.


Di dalam video tersebut, dia menerangkan yang dia selalu mendapat bayangan semasa melihat ke arah dinding apartment itu.

“Setiap kali saya duduk di ruang makan dan melihat ke arah parking kereta, saya akan nampak seorang lelaki memasuki lokasi tersebut kemudian ghaib.”

Menurut sumber, Nicolas berjaya membuat lubang yang agak besar selepas cubaan memecahkan dinding tersebut dan ternyata ia adalah bilik rahsia yang kemungkinan sengaja Pablo buat untuk sorokkan sebahagian harta-hartanya.

Bau di dalamnya sangat busuk, 100 kali lebih teruk dari bangkai atau benda yang mati.”

Selain menjumpai duit tunai, dia juga terjumpa mesin taip, telefon satelite, pen emas, sebiji kamera bersama satu gulung filem yang belum dicuci. Gambar apa lah agaknya kan?

Namun, duit 18 juta dolar tu sudah tak bernilai sebab dah reput dan dah tak diguna pakai sekarang.

Susulan penemuan tersebut, Nicolas menyatakan yang dia sebenarnya tak terkejut pun jumpa duit sebanyak tu. Kenapa? Sepanjang dia duduk 5 tahun kat rumah mendiang, dia pernah jumpa wang tunai yang banyak beberapa kali.

Kaya betul Pablo Escobar ni kan sampai sekarang pun ada harta dia yang baru dijumpai. Siapa tak kenal siapa pakcik ni meh admin cerita sikit.

Selain tu, Nicolas juga ada imbau kembali kenangan bersama semasa pakciknya masih hidup.

Saya pernah diculik. Diseksa selama 7 jam dan dua pekerja saya diseksa.”

 

Pablo Escobar : King of Cocaine

Pablo Escobar ni dulu famous gila. Masa zaman dia, Pablo ni antara lelaki yang paling kaya dalam dunia. Dia dikenali sebagai King of Cocaine kat Madellin, Colombia, ya bisnes dia jual dadah dan dipercayai 80% dadah yang diseludup ke US adalah daripada dia.

“Seminggu je dia boleh dapat 420 juta dolar! Dianggarkan nilai keseluruhan harta yang Escobar ni kumpul ialah 30 bilion dolar.”

P0

Janganlah banding dengan orang kaya zaman sekarang, 30 bilion sekarang pun banyak gila kot?!

 

Dikaitkan dengan 4,000 kematian

Nama pun raja dadah, mesti lah jadi wanted polis. Masa Pablo hidup, nama dia termasuk dalam senarai antara yang paling dihendaki oleh kerajaan US. Tapi bukan senang nak tangkap raja dadah ni.

Sebanyak 4,000 kematian yang dikaitkan dengan dia, antara mangsanya ialah ahli politik, polis, dan wartawan yang cuba untuk membongkar dan menyiasat pasal aktiviti dadah yang dijalankan.

Dia pernah kena tangkap tahun 1991 tapi dalam penjara pun bisnes still berjalan macam biasa. Kuat betul pengaruh pakcik ni.

P9

Namun, pada Jun 1992 dia berjaya larikan diri dari penjara.

 

Seorang dermawan

Yang peliknya, ketua dadah popular ni seorang yang merendah diri dan dermawan. Dia menyumbang sejumlah wang yang besar untuk pembangunan kawasan miskin dalam wilayah kartelnya yang menjadikan dia antara orang yang dikenali dalam kalangan warga Colombia.

Masa kematian dia, kerajaan gembira tapi warga miskin Colombia meratap hiba.

Dia telah membina banyak rumah dan mengambil berat tentang orang miskin.”

Sebanyak 25,000 orang hadir ke majlis pengebumian dia.

P1 2

“Saya mahukan orang ramai mengingati perkara-perkara baik yang telah dilakukan oleh Pablo kerana dia tak melakukan apa-apa kesalahan. Dia telah membina hospital, rumah untuk orang miskin, padang bola, gereja dan juga rumah perlindungan untuk gelandangan. Tiada siapa yang bercakap mengenai perkara baik, semua bercakap tentang perkara yang tidak baik.” – Hermilda Gaviria, ibu Pablo

Pablo Escobar mati dalam kejadian tembak-menembak semasa cubaan melarikan diri pada 2 Disember 1993. Min pun tak lahir lagi.

 

Sumber : allthatsinteresting , thesun , iluminati

 

Baca : Perangkap Si Tampan! Ini Kisah 4 Pembunuh Bersiri Yang Gunakan Wajah Untuk Perangkap Mangsa

P2

Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi
Sumber: iluminati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.