in

Harimau Belang Yang Mati Dilanggar Baru-baru Ini Akan Diawet – Perhilitan Perak

Harimau Belang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seekor harimau belang jantan telah ditemui mati dipercayai akibat dilanggar sebuah kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Tapah, Perak.


Difahamkan, pemandu kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Namun, bahagian depan keretanya iaitu jenis Nissan Juke telah remuk manakala harimau belang tersebut dengan berat 120 kilogram itu telah mati.

12

Artikel Berkaitan: Jabatan Perhilitan Sahkan Penemuan Bangkai Seekor Harimau Belang Dalam Sungai Di Kelantan

Artikel Berkaitan: “Kalau pembalakan sebabkan harimau keluar, kenapa gajah dan beruang tak muncul” – Timb. Menteri Besar Kelantan

Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau PERHILITAN Perak telah datang mengambil bangkai haiwan liar itu yang berada di dalam longkang akibat kejadian tersebut.

13

Difahamkan, bangkai atau karkas harimau belang itu kemudiannya akan dibawa ke Institut Biodiversiti PERHILITAN Bukit Rengit, Pahang untuk diawet, lapor Berita Harian.

Difahamkan juga, untuk memastikan spesimen harimau yang diawet nanti tidak rosak dan tetap dalam keadaan baik untuk tempoh jangka panjang, proses pengawetan akan mengambil masa yang agak lama kerana ia perlu dilakukan dengan berhati-hati.

Lazimnya, haiwan-haiwan seperti ini akan diawet untuk pelbagai tujuan termasuklah pameran kepada khalayak umum.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.