Seperti yang kita sedia maklum, 1 Februari merupakan cuti umum sempena Hari Wilayah Persekutuan untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Berbeza dengan hari lain seperti Selangor, mereka akan ada satu hari cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Negeri Selangor pada 11 Disember.
Jadi, kalau Hari Wilayah Persekutuan ini pula sempena apa?
Maksud Hari Wilayah Persekutuan
Menurut sumber, Hari Wilayah Persekutuan ini telah diisytiharkan oleh bekas Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abdul Razak pada tahun 1974 (untuk Kuala Lumpur).
Ia sempena penubuhan wilayah, yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran negara. Kemudian, diikuti Labuan yang ditubuhpersekutuankan sebagai Wilayah Persekutuan (WP) kedua pada 16 April 1984, dan Putrajaya WP ketiga pada 1 Februari 2001.
Hari ini, dapat dilihat bahawa KL menjadi ibu kota, Labuan ialah pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa manakala Putrajaya berfungsi sebagai ibu kota pentadbiran negara yang menjadi tempat utama kepada banyak institusi kerajaan, serta mercu tanda ikonik dan tarikan kebudayaan.
Jadi bagi meraikannya, cuti diberikan kepada mereka yang bekerja di kawasan Wilayah Persekutuan, jadi ia adalah cuti yang khusus untuk mereka menikmati waktu lapang.
Ok lah jadi, sekurang-kurangnya ada juga cuti umum buat mereka yang bekerja di kawasan ini.
Baca : Screenshot Viral Cuti Am Hari Wilayah Persekutuan Pada 3 Februari Adalah Palsu – JPM