in

Harga Siling Baru Untuk Pelitup Muka 3 Lapisan Turun 70 Sen Sekeping

Facemask2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula Ahad ini, harga siling runcit baharu untuk pelitup muka jenia 3 tier akan diturunkan kepada 70 sen sekeping.


Menerusi Harian Metro, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, harga maksimum pelitup muka jenis tiga lapis di peringkat borong pula diturunkan kepada 65 sen sekeping daripada 95 sen.

 

Keperluan rakyat mengamalkan norma baharu

5E95C375Cee3A409627C795E

Ia sebagai inisiatif dalam mengambil kira keperluan untuk rakyat terus mengamalkan norma baharu yang memerlukan penggunaan pelitup muka secara berterusan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat kajian semula harga pelitup muka melibatkan pengeluar tempatan dan pengimport, katanya.

Harga baru ini akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011.” 

Manakala harga siling runcit bagi pelitup muka satu lapisan pula ditetapkan 7 sen sekeping, pelitup muka dua lapisan 20 sen sekeping, N95 dijual RM6 sekeping.

Tambahnya lagi, KPDNHEP telah menjalankan 67,217 pemeriksaan dan pemantauan harga serta bekalan bagi pelitup muka di seluruh negara sejak 29 Januari lalu sehingga Ahad lepas.

“Tindakan pemeriksaan tersebut berjaya menghasilkan sebanyak 73 kes dengan nilai rampasan RM543,737 dan melibatkan jumlah kompaun sebanyak RM518,400”

Peniaga yang gagal mematuhi perintah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 boleh dikenakan penalti seperti bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum.

Pesalah individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000, manakala pesalah syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

 

Baca : [Video] Biadap! Tourist Bagi Rusa Makan Facemask, Tak Peduli Walau Staff Zoo Dah Larang

Tourist

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.