in

“Chocotop atas jalan siapa nak kutip?” – Geng Berkuda Drive-Thru McD Undang Pelbagai Reaksi Netizen

3 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini kita pernah lihat bagaimana pelanggan membuat pesanan pandu lalu secara berjalan kaki, baru-baru ini tular pula di laman Twitter berkenaan kumpulan yang datang ke laluan drive-thru McDonalds secara berkuda. Pulak dah

Kejadian yang dikongsi oleh pengguna Twitter @Twt_Cyberjaya itu dikatakan berlaku di sebuah cawangan McDonalds di sekitar kawasan Edusphere, Cyberjaya.


Kumpulan berkuda tersebut dilihat terdiri dari 4 orang lelaki dan seorang wanita yang lengkap dengan pemakaian ekuestrian. Kuda yang ditunggang mereka juga diletakkan ladam pada setiap kaki untuk mengelakkan sebarang kecederaan ketika berjalan di atas jalan tar.

Tindakan geng berkuda itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Walaupun ada yang menganggap perkara ini unik dan jarang berlaku, ada juga pihak yang memberi penekanan terhadap ‘chocotop’, merujuk kepada najis kuda yang terlihat tidak jauh dari kaunter drive-thru tersebut.

Fekyrnsvgagajq 1 1

Perkara tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dari netizen yang menganggap tindakan kumpulan itu tidak bermakna dan sekadar menyusahkan.

0 1 8 2 9 2

Namun, sumber menyatakan bahawa pihak mereka bertanggungjawab membersihkan semula kotoran tersebut.

3 7

Malah ada juga pihak yang tampil menjelaskan perihal kumpulan tersebut yang sebenarnya penjaga kepada kuda-kuda tersebut dan bukanlah golongan ‘kayangan’ seperti yang digembar-gemburkan.

6 5

Alahai, kalau nak buat benda luar biasa sekali pun, biarlah berpada-pada, ya? Apa pula kata korang?

Sumber: Twitter

Baca: “Ini bukan drive-thru, ini walk-thru!” – Kaunter Utama Tutup, Gadis ‘Improvise’ Jalan Kaki Di ‘Drive-Thru’

Capture 1 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.