in

Harga Emas Naik, Wanita Di Kelantan Mula Jual Sebahagian Aset

Harga Emas Terkini April Paling Tingg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Barangan kemas merupakan salah satu koleksi yang boleh dijadikan sebagai pelaburan dan biasanya harga emas ini akan bergantung kepada jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran dan pelbagai lagi faktor.


Menurut laporan, harga emas mencatatkan kenaikan tertinggi yang direkodkan setakat ini sehingga mencecah RM287 untuk satu gram.

Perkara ini menyebabkan ramai wanita memilih untuk menjual sebahagian aset mereka seperti yang berlaku di Kelantan ketika ini yang mendapati ramai bebuat demikian untuk mendapatkan wang tunai bagi menampung keperluan sekolah, sambutan Ramadan, persediaan hari raya dan lain-lain.

Harga Emas Terkini Bulan April

Menurut salah seorang pengarah urusan kedai emas di sana, sehari beliau memperoleh sekitar satu hingga dua kilogram (kg) emas yang dijual oleh pemilik.

Tambahnya lagi, harga emas mula mencanak naik sejak awal Mac dan nilai tertinggi yang direkodkan setakat ini ialah RM290 satu gram.

Selain itu, ramai pemilik terutama wanita dikatakan memilih untuk menjual sebahagian aset mereka setelah berdepan dengan situasi seperti terkena musibah banjir, persediaan kelengkapan sekolah, menyambut Ramadan dan tidak lama lagi Aidilfitri.

279485086 1089623394950026 6085706936897655464 N

Disebabkan harga yang tinggi ini juga, jualan emas sedikit menurun dan kurang mendapat sambutan.

Menurut seorang lagi penjual, Nur Amalin, beliau terpaksa menghadkan waktu pembelian emas antara 10 pagi hingga 12 tengah hari dan biasanya terdapat lebih 10 individu dianggarkan datang untuk menjual emas milik mereka.

Tambahnya, ramai mengambil peluang ini untuk mendapatkan wang tunai kerana ianya harga tertinggi pernah dicatatkan dan trend ini (penjualan emas) ini akan berlanjutan sehinga hari raya nanti.

Baca : Individu Kongsi Hidup Susah Lepas Mak Ayah Meninggal Dunia, Harta ‘Dicuri’ Pakcik & Makcik

Curi Duit Anak Yatim 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.