in

Harap Orang Ramai Tak Pandang Serong, Inspektor Sheila Berhasrat Kembali Ke Bukit Aman

Inspektor Sheila Kembali Ke Bukit Aman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pegawai polis wanita tular yang dikenali sebagai Inspektor Sheila meluahkan hasrat untuk kembali bertugas sebagai pegawai penyiasat di Bukit Aman.

Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, berkata, dia mahu berkhidmat untuk masyarakat bagi membanteras kejahatan dan kes jenayah.


Sheila juga mengatakan bahawa dia tetap memilih kerjaya sebagai anggota polis walaupun layak bertugas di luar negara dalam bidang lain.

Dsc 2508 Scaled 1

“Sebenarnya, saya boleh bekerja dalam bidang lain atau di luar negara mengikut kelayakan, namun saya memilih berkhidmat sebagai polis.

“Kalau dengan izin Tuhan, saya ingin bertugas semula sebagai pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,” katanya yang hadir ke mahkamah pada hari ini bagi sebutan kes yang melibatkannya.

Dalam pada itu, Sheila juga berharap masyarakat tidak memandang serong selepas videonya di beberapa lokasi tular di media sosial.

Katanya, orang ramai menilai sikapnya menerusi tayangan video yang singkat dan menganggapnya sebagai seorang wanita yang kurang ajar.

“Sekiranya bertemu di luar waktu bertugas, saya seorang yang happy go lucky dan menyeronokkan,” katanya.

Sheila juga menjadi bualan ramai apabila memuat naik status mengenai pempengaruh dan usahawan Iqbal Zulkefli. Memetik sumber Utusan, Sheila mengesahkan dia sedang mengenali Iqbal dengan lebih rapat.

Terdahulu, Sheila mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa dan menghina kesopanan seorang lelaki.

Bagi kesalahan mengugut, Sheila didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Manakala kesalahan menghina, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama.

Bagaimanapun, pihak pembelaan akan mengemukakan bantahan awal terhadap pertuduhan-pertuduhan itu yang didakwa adalah tidak berasas dan remeh.

Sumber: Sinar Harian

Baca: “Awak buat saya kagum!” – Inspektor Sheila ‘Cair’ Tengok Iqbal Pakai Baju Tradisional India
Inspektor Sheila Puji Iqbal

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.