in

Hanya Perlu Kibarkan Jalur Gemilang Di Kereta, Korang Boleh Nikmati Parking Percuma Di Kuantan!

Kuantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak keluar rumah sekarang, semua benda kena pakai duit, sampai nak parking pun kena bayar. Kan best kalau dapat parking free macam kat Kuantan ni? Majlis Perbandaran Kuantan akan bagi parking percuma kalau kita hias kereta dengan Jalur Gemilang!


 

Parking percuma dari 24 hingga 31 Ogos sempena Minggu Kemerdekaan Malaysia yg ke 63.

PENGUMUMAN :PARKING PERCUMA SEMPENA MERDEKAMPK bagi parking percuma dari 24 hingga 31 Ogos sempena Minggu Kemerdekaan…

Posted by Majlis Perbandaran Kuantan on Rabu, 19 Ogos 2020

Cara-caranya senang je! Hanya letakkan Jalur Gemilang macam dalam gambar-gambar ni, penguatkuasa MPK tak akan kenakan kompaun kalau ada tak letak kupon.

Tapi kena ingat! Bendera yang diletakkan itu haruslah elok dan tidak rosak ataupun koyak! Malah, ianya hanya terbuka kalau anda parking di tempat yang sepatutnya.

Ktn 1 Ktn 2

Jadi, jangan fikir kalau korang parking kat tepi jalan atau tempat-tempat yang dilarang tu, masih boleh dikenakan kompaun kalau buat juga.

Ini memang benar-benar satu alternatif  yang bagus untuk memupuk sikap patriotisme kan? Bestnya kalau area Lembah Klang ni buat juga macam ni.

Baca : “Tiap tiap tahun tak perasan kan?” – Timbul Lagi Kes Bendera Terbalik Di Johor

Jb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.