Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya, lapor Harian Metro.
Mangsa, 26 tahun yang juga seorang guru telah dipukul oleh suaminya di rumah mereka di Salak Selatan.
Enggan terus dipukul oleh suaminya itu, wanita berkenaan telah memberi alasan untuk membuang sampah kepada suaminya dan ketika itu, nekad untuk melarikan diri.
Difahamkan, mangsa kemudiannya menaiki kereta Mercedes Benz yang dipandu oleh abang mangsa kerana abang mangsa membantu adiknya untuk melarikan diri.

Artikel Berkaitan: Wanita Nekad Terjun Kereta Elak Daripada Dipuk*l Suami Baran
Artikel berkaitan: Bagai Tiada Titik Noktah, Sebutan 3 Kes Rumah Tangga Zahnita & Suami Disambung Ke Tarikh Baru
Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya bertembung dengan suami mangsa.
Kedua-dua mereka kemudiannya telah dikejar oleh suami adiknya itu sehingga kereta mereka hampir terbabas setelah dilanggar oleh suami mangsa.
Kedua-dua mereka akhirnya berjaya melarikan diri sebelum mangsa membuat laporan polis pada tengah hari kelmarin.
Menurut pihak polis, kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
Sumber: Harian Metro
