in

Hampir 1,000 Veteran ATM Berkumpul di Tugu Negara, Dakwa Kebajikan ‘Tak Dijaga’ Kerajaan

Atm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pihak yang bertanggungjawab terhadap pertahanan nasional, ATM meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Mereka adalah golongan profesional yang menjadi benteng pertahanan negara agar bebas dari ancaman musuh.

Bagaimanapun, semalam tular di media sosial apabila hampir seribu veteran ATM berkumpul di Tugu Negara bagi menuntut hak kebajikan mereka yang didakwa tidak ‘dijaga’ oleh kerajaan.

Perhimpunan aman yang diadakan pada Hari Keputeraan Agong semalam itu dikatakan diadakan oleh pesara atau veteran ATM bagi menuntut pelbagai kebajikan termasuk hak pelarasan pencen, pencen kecacatan (disability) serta hak status veteran.

Fui8Fv4Aiaa 656

Menurut laporan Astro AWANI, Mejar (B) Mior Rosli Mior Mohd Jaafar dalam berkata, golongan veteran ini telah berjuang selama lapan tahun untuk menegakkan tuntutan yang disifatkan sebagai ‘hak kumpulan pesara’, namun tiada tindakan dan perhatian diberikan kerajaan.

Perhimpunan tersebut mengakibatkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memanggil beberapa individu yang telah dikenal pasti untuk diambil keterangan.

“Kami telah mengenal pasti beberapa individu daripada pihak penganjur dan akan dipanggil untuk rakam keterangan dan pihak polis tidak menerima permohonan untuk berhimpun daripada penganjur jadi kes akan disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman,” katanya.

Difahamkan, perhimpunan itu membabitkan Sekretariat Majlis Reunion Perjumpaan Bekas Perajurit RU6622.

Harap perkara ini diselesaikan dengan serta-merta, banyak dah mereka berkorban untuk negara…

Baca: “Sangkut sini dulu” –  [VIDEO] Kaki Basah Pijak Atas Kotak Salah Satu Tapisan Tentera Darat Ramai Tak Tahu

Untitled Design 2022 06 07T104652.657

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.