in

“Hadiah biasa tak menarik” — Ini 5 Sebab Kenapa Ramai Orang Lagi Suka Pengalaman Sebagai ‘Self Reward’

Collage 22

Penafian: Artikel ini mengandungi sebutan mengenai peranti pemanas tembakau. Sila abaikan jika anda bukan perokok yang telah mencapai umur sah.

Dulu, bila kita nak reward diri sendiri, mesti kita fikir nak beli benda fizikal macam telefon baru, jam baru atau kasut baru. Tapi sekarang ni, ramai sedar yang barang sebenarnya boleh je dibeli pada bila-bila masa. Apa yang lebih sukar untuk diganti adalah pengalaman sekali seumur hidup dan kenangan yang manis.

Sebab tu, konsep self reward dah berubah. Ramai sekarang lebih rela kumpul pengalaman daripada kumpul barang, terutamanya bila pengalaman tu lain daripada yang lain dan tak semua orang boleh rasa. Sebab…

1. Barang boleh diganti tapi pengalaman belum tentu datang dua kali

Lm Gambar Hiasan 600 X 400

Telefon boleh upgrade bila model baru keluar dan kasut boleh tukar ikut trend semasa. Kalau rosak atau bosan, kita masih ada pilihan untuk beli semula. Barang fizikal sentiasa ada alternatif dan selalunya tak terikat pada masa tertentu.

Macam pengalaman pula, ia bergantung pada masa, lokasi dan peluang. Ada acara yang hanya berlangsung pada tempoh tertentu dan ada aktiviti yang memang direka khas untuk kumpulan tertentu. Jadi bila terlepas, belum tentu kita akan dapat semula pengalaman yang sama.

2. Kenangan lebih berharga dari benda

Lm Gambar Hiasan 600 X 400 Px Copy

Bila kita beli sesuatu barang, rasa teruja tu selalunya hanya sementara. Selepas beberapa tempoh, barang tersebut akan jadi biasa dan kita akan cari benda lain untuk gantikan perasaan dapat barang baru.

Tapi pengalaman lebih senang untuk diingati. Kita mungkin lupa harga barang yang dibeli, tapi kita jarang lupa perasaan ketika berada di tempat baru, menikmati suasana luar biasa atau mencuba sesuatu yang tak pernah dilakukan sebelum ini. Sebab tu, pengalaman lebih cenderung untuk kekal dalam ingatan.

3. Gaya hidup sekarang lebih hargai momen

Lm Gambar Hiasan 600 X 400 Px Copy 3

Selain tu, trend gaya hidup sekarang menunjukkan yang ramai lebih memilih untuk belanja pada sesuatu yang beri pengalaman berbanding hanya menambah koleksi barang. Ramai yang sanggup luangkan masa dan bajet untuk aktiviti unik kerana ia memberi kepuasan yang berbeza.

Lebih-lebih lagi bila pengalaman yang melibatkan suasana, bunyi, pergerakan dan interaksi, ia lebih memberikan impak emosi yang mendalam.

4. Pengalaman eksklusif beri rasa ‘rare’

Lm Gambar Hiasan 600 X 400 Px Copy 4

Ada pengalaman yang bukan sekadar aktiviti biasa, tapi sesuatu yang jarang ditawarkan dan tak semua orang berpeluang untuk rasa. Biasanya pengalaman macam ni melibatkan lokasi yang luar dari kebiasaan.

Bila sesuatu pengalaman itu sukar untuk dirancang sendiri atau memerlukan jemputan khas, nilainya terasa berbeza. Ia bukan sekadar tentang pergi ke sesuatu tempat, tapi peluang untuk berada dalam momen yang tak semua orang dapat rasa.

5. Bila ‘self-reward’ jadi peluang sebenar

Tapi cuba bayangkan kalau korang boleh alami sesuatu yang jauh lebih luar biasa daripada apa yang korang idamkan selama ni?

Sebenarnya, korang berpeluang untuk menang pengalaman sekali seumur hidup jenis “money can’t buy” tau!

Penduduk Malaysia¹ boleh sertai peraduan Electric Dreams oleh IQOS dan berpeluang memenangi pengalaman seumur hidup yang disusun khas di Portugal, Slovenia atau Dubai serta pelbagai ganjaran tempatan dan hadiah menarik untuk dimenangi!!!

Iqos 1.Jpg

Sertai peraduan IQOS Electric Dreams dan korang berpeluang untuk dapat pengalaman sekali seumur hidup seperti Cargo-Karting, Beats Below Zero dan Sleep-in Symphony!

Cargo-Karting

00001 232 Js Cargo Karting Nd Pnpnc Unrestricted
Berlumba di mana bandar bertemu laut

Beats Below Zero

00003 232 Js Beats Below Zero Nd Pnpnc Unrestricted
Dengar sendiri bunyi gua apabila ia ‘menyanyi’.

Sleep-in Symphony

00004 232 Js Sleep In Symphony Nd Nppnc Unrestricted
Tidur di bawah pentas dan terjaga dalam simfoni indah.

Selain pengalaman global tersebut, terdapat juga 100 ganjaran tempatan di bawah kategori Electric Surprises termasuk staycation di Banjaran Hot Springs, pakej dine-and-stay di KL Hilton Sentral serta pelbagai hadiah menarik seperti Apple Watch, Samsung Galaxy Tab dan Beats Solo Wireless.

Lagi best, setiap pemenang boleh bawa seorang plus one supaya pengalaman seperti ini dapat dikongsi bersama insan terdekat.

Jadi, korang dah bersedia untuk cuba menang salah satu daripada pengalaman Electric Dreams yang mungkin akan jadi kenangan paling diingati dalam hidup korang?

Kalau ya, penyertaan masih dibuka sehingga 31 Mac 2026. Korang tekan sini untuk mengetahui langkah lengkap menyertai pertandingan ini dan hantar penyertaan sebelum tarikh tutup.

Kempen Electric Dreams ini juga bersempena dengan pelancaran siri baharu IQOS ILUMA i Electric Purple, yang dikuasakan oleh SMARTCORE INDUCTION SYSTEM™ dengan konsep “always heats, never burns”. Dengan teknologi induksi tanpa bilah pemanas, peranti ini memberikan pengalaman yang lebih konsisten tanpa pembakaran, lengkap dengan ciri pintar seperti Autostart, Pause Mode dan skrin sentuh interaktif untuk kemudahan penggunaan harian.

Iqos 2.Jpg

Rekaan Electric Purple yang berani dan menonjol bukan sekadar pilihan warna semata-mata. Ia melambangkan keterujaan untuk mencuba sesuatu yang baharu, keberanian untuk tampil berbeza serta semangat untuk meneroka pengalaman luar daripada kebiasaan.

Bagi yang bersedia untuk ‘dream electric’ dan meneroka peluang yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup, kempen ini mungkin peluang yang tak patut korang lepaskan.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi IQOS atau kunjungi IQOS Authorised Centres terpilih.

*IQOS bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa.

  • ¹ Terbuka kepada pengguna IQOS, lil atau VEEV sedia ada atau pengguna nikotin dewasa yang belum membeli dan mendaftar peranti IQOS, lil atau VEEV dan yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin lain.

Sumber: alemedia.id