in

“Habis tu kalau emak pergi macam mana?”- Gurauan 3 Beranak Mati Bersama Jadi Kenyataan

Feat 12

Tak sangka gurauan empat beranak mengenai ‘mati’ jadi kenyataan bila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 37 Jalan Klang-Teluk Intan, Kuala Selangor pada Ahad malam.

Kejadian pukul 10.45 malam itu melibatkan kemalangan 3 kenderaan dan dilaporkan 3 beranak meninggal dunia di lokasi kejadian iaitu Anni Kholilah Salim, 42 dan dua anak perampuannya Nurkhalisah Ali Yusri, 24, dan Nur Syafiqah, 17.

Kenderaan Honda City dinaiki mereka dilaporkan bertembung dengan Nissan Frontier yang dipandu lelaki berusia 40 tahun dari arah bertentangan, lapor Harian Metro.

118089968 3481757088511466 8680345443268623120 O

117945851 3481757118511463 743703980724412477 O

Ini kisah dari anak sulung, Anni Kholilah iaitu Elfa Susanti, 29 tahun.

Katanya sehari sebelum kejadian mereka ada bergurau mengenai ‘mati bersama’.

“Kali terakhir dapat berbual dengan emak pada malam minggu lalu. Masa itu adik bongsu (Nur Syafiqah) gurau dengan adik nombor dua (Nurkhalisah), katanya jika dia meninggal dunia macam mana sebab dia yang selalu disuruh buat kerja rumah.

“Habis itu kalau kak Lisa (Nurkhalisah) meninggal dunia pula macam mana? Emak pula main-main apabila adik bongsu kata emak janganlah selalu marah adik, nanti kalau adik pergi nanti emak meratap.

“Emak kata, habis kalau emak pergi pula macam mana? Selepas itu saya pun geramlah, habis itu kalau pergi sama-sama pula macam mana saya cakap macam itu. Itulah perbualan terakhir kami bersama,”

1 13 2

3 8 2

Elfa berkata ketiga-tiga ahli keluarganya itu sebenarnya dalam perjalanan balik ke rumah di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara dari Tanjung Karang.

Jenazah tiga sekeluarga itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Batu 14 Puchong dalam satu liang lahad.

 

Baca : Ini lah nilai murni orang Malaysia; Respek! Netizen Kagum Tengok Bangsa Lain Tolong Rider Melayu Yang Kemalangan

Baca 26

Sumber: facebook
Sumber: facebook
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro