Sebelum ni tular di Twitter satu video yang berdurasi 40 saat mengenai cara mudah untuk salin teks daripada buku ke komputer tanpa perlu di taip menggunakan alat yang di namakan Scanmarker.
Senang la korang nak buat assignment lepasni, scan je😂😂 pic.twitter.com/fp7I7ETEI3
— zakimits (@zakimits) October 29, 2019
Tapi seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @haziqghani2 ada berkongsi cara yang lebih mudah untuk salin teks daripada mana-mana dokumen tanpa perlu taip dengan hanya menggunakan aplikasi Telegram. Biar betul?
Lelaki ini juga ada berkongsi langkah mudah untuk menggunakan cara ini.
Langkah-langkahnya ialah:
- Pastikan ada aplikasi Telegram
- Masuk ke Telegram dan taip image to text (ocr)
- Ambil gambar yang ada teks dan masukkan ke dalam bot tersebut.
https://twitter.com/haziqghani2/status/1189516672262012928?s=20
Disebabkan teruja dengan perkogsian lelaki ini ramai netizen yang mengucapkan terima kasih kerana menyalin teks di Telegram memang mudah dan kerja jadi lebih cepat.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi tentang fungsi lain bagi aplikasi Telegram ni. Katanya boleh juga nak download video dari Youtube. Wah menariknya.
Admin yakin mesti lepas ni ramai yang nak download Telegram. Yelah banyak kot benefit dia.