in

“Habis dah zaman BB pin”- Telefon Ikonik BlackBerry Tidak Lagi Berfungsi Bermula 4 Januari Ini

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum orang ramai mula menggunakan iPhone dan telefon pintar Android, jenama BlackBerry telah lama merasai zaman kegemilangannya terlebih dahulu. Siapa saja boleh lupa telefon yang mempunyai keyboard dalam susunan QWERTY tu, kan?


Jenama ini pernah memonopoli dunia telefon pintar satu ketika dulu dengan perisian Blackberry Messenger (BBM), di mana orang ramai dapat berkomunikasi dan berbual dengan rakan mereka. Sebelum zaman Whatsapp dan Facebook, kat sinilah kita berborak dulu…

Sejak beberapa tahun lepas, orang ramai telah mula berpaling ke telefon Android dan iPhone, mengakibatkan populariti jenama itu semakin merudum dan akhirnya menamatkan sistem operasinya.

1 1

Bermula 4 Januari, semua peranti yang masih menggunakan sistem operasi (OS) lama BlackBerry iaitu BlackBerry 10, OS 7.1, BlackBerry PlayBook OS dan lebih awal lagi, tidak akan berfungsi. Ini termasuklah penggunaan data, internet, membuat panggilan dan menghantar atau menerima SMS. Nak call 999 pun dah tak boleh!

Syarikat itu turut menyatakan bahawa perkhidmatan lain seperti BlackBerry Messenger (BBM) Consumer, BlackBerry email, BlackBerry ID dan BlackBerry Protect juga akan ditamatkan bermula semalam.

Walau bagaimanapun, peranti Blackberry yang menggunakan OS Android seperti BlackBerry Priv, BlackBerry KEYone dan BlackBerry KEY2 masih boleh digunakan.

Blackberry Keyone Gold Keyboard Screen

Penamatan perkhidmatan ini dikatakan telah diumum sejak September 2020 lagi, di mana tarikh 4 Januari itu telah ditetapkan sebagai tarikh akhir perkhidmatan BlackBerry akan berfungsi.

Kami berterima kasih kepada pelanggan setia dan rakan kongsi kami selama ini”

Diasaskan oleh syarikat Research in Motion, populariti BlackBerry melonjak naik sekitar tahun 2010 kerana keunikan papan kekunci penuh dan sistem BBM yang diguna oleh pengguna di seluruh dunia.

Selamat tinggal BlackBerry, maka tamatlah zaman orang saling bertukar BB Pin.

Sumber: Business Insider

Baca: Apple Dilaporkan Bakal ‘Buang’ Slot Kad SIM Untuk Siri iPhone 14?

Capture 8

Sumber: 9to5mac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.