Habis Belajar, Pilih Jadi ‘Along Muda’ Bergaji Cecah RM10,000 Sebulan Walaupun……..

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Ramai yang bercita-cita untuk menjadi antaranya doktor, peguam, akauntan, pensyarah dan ahli perniagaan sebagai kerjaya mereka kerana dilihat sebagai kerjaya elit dan menjanjikan gaji yang lumayan.

Tapi berbeza pulak dengan budak-budak zaman sekarang yang menggunakan pendekatan ‘asal boleh’.

Usia ‘setahun jagung’ tapi gaji cecah RM10,000…

 

Bayangkan, usia tak sampai 20 tahun tapi mampu memperoleh pendapatan bulanan mencecah RM10,000 dengan menjadi ‘konco muda’ kepada sindiket ceti haram yang melakukan kerja-kerja memungut hutang, menampal poster dan iklan.

Bukan itu sahaja, mereka juga hidup mewah berbanding rakan seusia lain susulan memeras ugut peminjam selain mengenakan kadar faedah yang tak masuk akal.

2,000 ‘along muda’ aktif di Lembah Klang..

 

Sejak tiga tahun lalu, kira-kira 2000 konco muda along dikesan bergiat aktif melakukan ‘kerja’ mereka di sekitar Lembah Klang termasuk bekerja sepenuh masa dengan syarikat pemberi pinjaman wang sejurus mereka tamat belajar..ramainyerrrrr, baik kerja kat supermarket.

Menurut hmetro, perkara itu didedahkan Pengarah Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Azman Kang yang menjelaskan bahawa rekod sedia ada menunjukkan semua ramaja terbabit menceburi kerjaya sebagai konco along dengan pelbagai gred jawatan……

…bermula sebagai penampal poster atau iklan sehingga jadi tauke yang ditugaskan untuk memungut hasil berjumlah ratusan ribu ringgit setiap bulan.

“Peringkat permulaan, mereka dibayar RM1,600 untuk menjadi balaci, maksudnya sebagai pekerja am iaitu menampal poster, iklan dan mengedarkan risalah dari rumah ke rumah serta kenderaan yang diparkir di pasar raya atau tempat awam.”

“Dalam tempoh setahun, mereka dinaikkan pangkat menjadi operator menerima dan menjawab panggilan daripada peminjam serta dilatih bagaimana untuk berunding sehingga persetujuan dicapai,” katanya.”

“….jadi ‘konco muda’ along, dapat hidup mewah”

 

Kata Azman, konco muda ni dijanjikan dengan pendapatan lumayan serta ganjaran berdasarkan jumlah pinjaman dan kadar keuntungan selain ‘bonus besar’ jika dapat meletakkan faedah yang tinggi kepada peminjam.

Disebabkan tertarik dengan gaya hidup mewah, ganjaran serta bonus yang diberikan, makan ramai remaja ni menjadikan ‘kerja’ tersebut sebagai ‘kerjaya’ pilihan mereka, so sebab tu lah jumlah konco muda along ni bertambah setiap tahun….whattttt!

Macam-macam hal lah sekarang ni, yer lah orang kata kalau nak pilih kerja tu biarlah berkat bukan dengan cara yang salah.

Risau jugak admin kalau jumlah tu makin bertambah..huhu

Baca : Nak Bunuh Satu Keluarga, Tak Larat Tanggung Hutang Ahlong

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.