in

Guru Tadika Dihukum Mati Sebab Racun 25 Orang Pelajarnya Hingga Sebabkan 1 Kematian

A7 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isnin lepas, seorang guru tadika di China dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Jiaozuo Intermediate People’s Court kerana telah meracun pelajarnya sehingga menyebabkan satu kematian.

Menurut sumber, kesemua mangsa adalah pelajar kepada kawan sekerjanya yang hanya dikenali sebagai Sun.


Wang Yun, 37 tahun bertindak sedemikian kerana ingin membalas dendam terhadap Sun kerana pertelingkahan yang berlaku antara mereka sebelum ini. Akibat daripada tindakannya itu, 25 pelajar dikejarkan ke hospital dan seorang darinya mati.”

A1 6 1

Wang dikatakan tidak mengetahui yang sodium nitrite itu boleh menyebabkan kematian. TAPI

Tapi mengejutkan, siasatan mendapati sebelum ini Wang juga pernah meracun suaminya, Feng dengan cara yang sama namun keadaannya tak serius.

“Sodium nitrite selalu digunakan sebagai makanan tambahan untuk merawat daging tapi ianya menjadi toksik sekiranya digunakan secara berlebihan.”

Jenayah yang dilakukan oleh Wang ini telah mendapat perhatian di China. Ramai telah menghentam tindakannya yang tak sepatutnya dilakukan oleh individu yang bergelar guru.

Hina dan keji” – mahkamah

Tambahnya lagi,

Suspek harus dikenakan hukuman berat kerana dia tahu bahan kimia itu merbahaya tapi dia masih menggunakannya untuk kali kedua. Dia dapat lihat suaminya cedera dalam kes keracunan yang pertama.”

 

Wang disabitkan dengan dua kesalahan :

19 Februari 2017 : Racun suami sendiri. Wang telah meletakkan racun sodium nitrite ke dalam minuman Feng dan menyebabkan Feng keracunan. Pasangan tersebut dikatakan bergaduh sebelum Wang meracunnya.

27 Mac 2019 : Wang meracun sekumpulan pelajar kelas lain dengan meletakkan racun yang sama ke dalam sarapan mereka iaitu bubur dan telah menyebabkan 1 kematian.

Menurut sumber, hukuman Wang akan dijalankan sama ada melalui suntikan mati atau pasukan menembak.

 

Sumber : BBC , asiaone

 

Baca : Cikgu Belasah Murid 10 Tahun Sampai Meninggal Dunia Hanya Sebab Tersalah Jawab 2 Soalan Matematik

C1 4 1

Sumber: globaltimes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.