in

Guna Ular ‘Viper’ Untuk Ugut Wanita Buat Seks Dekat Hotel, Sekali Diri Sendiri Mati Kena Patuk

Mati Kena Patuk Ular Sendiri

Nak kenakan orang, tapi akhir sekali makan diri sendiri!

Itulah terjadi pada seorang lelaki yang menggunakan haiwan berbisa sebagai ‘alat’ untuk mengugut gadis. Kejadian berlaku di Jiangxi, China pada waktu petang, 21 November lepas. Menurut portal berita, Fan berada di sebuah hotel sebagai tetamu dan dia turut bawa bersama tiga ekor ular berbisa peliharaannya.

Dia kemudian bertemu dengan seorang wanita dan mengajaknya pulang ke bilik hotel pada jam 5 petang. Sebaik sampai di bilik, Fan terus keluarkan 3 ekor ular jenis viper peliharaan dia daripada sebuah beg nylon.

Ular 4 1
sumber: daily mail

Difahamkan, 3 ekor ular tersebut digunakan untuk ugut wanita berkenaan supaya melakukan hubungan seks bersamanya di bilik hotel.

Kalau kamu menolak, saya akan biarkan salah seekor ular peliharaan ini patuk kamu.”

Begitulah lebih kurang kata-kata ugutan yang diterima wanita tu daripada Fan. Dek kerana takut dipatuk ular, wanita itu dengan terpaksa merelakan dirinya dirogol di bilik hotel selepas Fan meletakkan haiwan peliharaannya di dalam bilik mandi.

Ular 1 1

Ular 6 1
sumber: daily mail

Kira-kira jam 10 malam, Fan masuk ke dalam bilik mandi dan bermain dengan salah seekor ular dia tu dekat dalam tab mandi. Secara tiba-tiba, ular tu terus patuk dia tetapi menurut laporan, Fan tidak terus hubungi pihak polis atau dapatkan bantuan kecemasan. Sebaliknya, dia terus tidur sahaja.

Ularviper
Jenis ular yang patuk fan | sumber: daily mail

Menyedari Fan sudah tidur, pada waktu tengah malam itu wanita berkenaan melarikan diri dan pulang ke rumah sebelum ditemani ibu bapa untuk buat laporan polis. Pihak polis tiba di bilik hotel itu pada jam 3 pagi, 22 November dan mendapati Fan telah mati di atas katil. Mereka juga menjumpai 2 ekor ular di dalam bilik tu dan seekor lagi di dalam bilik mandi.

Ular 3 1

Ular 2 1
sumber: daily mail

Wanita itu bagaimanapun dikatakan belum melakukan pemeriksaan di hospital selepas dakwaan rogol tersebut dibuat dan kes masih dalam siasatan pihak polis tempatan.

Dah kena patuk taknak dapatkan bantuan? Gila ke apa? Dia lebih rela mati daripada kena tangkap sebab merogol agaknya….

Baca: Berparti Sampai Mabuk, Sekali Kena Serang Dengan Harimau & Singa Belaan Sendiri

Haiwanserangtuan