in

“Guna alasan tertinggal telefon”- Gadis Dibelasah Dan Dirogol Sebelum Diliwat Tunang

Rr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang perasan tak kebelakangan ini banyak sangat kes dera dan rogol kan.


Tebaharu, seorang gadis berusia 19 tahun dilaporkan telah dirogol dan diliwat oleh tunangnya sendiri.

Malah, gadis yang berasal dari Temerloh itu juga turut ditendang dan ditampar terlebih dahulu sebelum dirogol.

Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku di sebuah bilik sewa di Paya Pulai, 13 September lalu.

Lebih memilukan mangsa juga dikatakan ditendang di perut selain ditampar beberapa kali sebelum dirogol dan diliwat.

Difahamkan mangsa turut diperdaya suspek yang menggunakan alasan tertinggal telefon untuk mengajak gadis itu balik ke bilik sewanya selepas bersiar-siar pada waktu malam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, suspek lelaki berusia 21 tahun di sekitar Temerloh, semalam bagi membantu siasatan.

Tambahnya, suspek turut mengugut mangsa untuk tidak membuat laporan polis menyebabkan mangsa kini dalam keadaan trauma dan takut.

“Wanita terbabit juga sudah menjalani pemeriksaan perubatan, keputusan yang diperoleh mendapati terdapat kesan rogol dan liwat pada mangsa”

Zundin berkata, bertindak hasil maklumat diberikan mangsa, polis menahan suspek lelaki berusia 21 tahun di sekitar Temerloh, semalam bagi membantu siasatan.

Baca: “Padan muka!” – Budak 11 Tahun Cucuk Mata Pakcik Dengan Aiskrim Untuk Elak Daripada Kena Rogol

Eskrim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.