Ramai yang beranggapan banduan penjara tidak mempunyai masa hadapan yang cerah apabila mereka bebas nanti. Siapalah kita sesuka hati nak hukum mereka.
Kali ini, admin nak kongsikan sebuah kisah inspirasi tentang banduan Penjara Penor, Kuantan yang turut membantu menjahit kelengkapan Personal Protective Equipment (PPE) untuk frontliners Covid-19 berikutan alatan tersebut yang semakin berkurangan, lapor Harian Metro.
Seramai 18 banduan telah bertungkus-lumus untuk menjahit PPE di bengkel yang disediakan di penjara di Pahang itu.
Difahamkan, mereka mula menyiapkan PPE itu pada Jumaat lalu setelah diberi taklimat tentang prosedur operasi standard (SOP) dan dapat menyiapkan lebih kurang 20 pasang PPE setiap hari.
Setelah siap, kesemua PPE akan dihantar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang sebelum diagihkan ke Jabatan Kesihatan Negeri.
Banduan yang terlibat dalam proses itu berasa bangga kerana dapat membantu negara walaupun dari tirai besi.
Rata-rata netizen juga memuji banduan yang terlibat.
Terdahulu, banduan Penjara Penor juga pernah diberi kepercayaan untuk menenun persalinan khas Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semasa Istiadat Pertabalan Agong tahun lalu.
Admin salute dekat dorang ni sebab dorang tak menjadikan alasan dipenjara untuk tidak membantu. Bukan semua orang ada bakat menjahit kan.