in

GIVEAWAY Lobak Merah Kembali!! Tiket Wayang Filem ‘Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2’ Untuk Dimenangi!

Feat 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai antara korang yang layan filem-filem bergenre seram kan? Kalau YA, admin nak payung tiket wayang untuk korang.



Team Lobak Merah berbesar hati nak bagi sepasang tiket tayangan filem Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 ! Yeahh filem yang sememangnya dinanti-nantikan bagi tahun 2020 nie

 

 40 pasang tiket untuk dimenangi!.

Sebelum Iblis Menjemput Posterfb

 

Sinopsis:

Alfie dan Nara merupakan 2 beradik yang terselamat dari keganasan iblis yang memusnahkan keluarga mereka 2 tahun lalu.

Walaupun Alfie berusaha untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa, malangnya dia masih lagi boleh ‘melihat’ benda-benda yang menakutkan.

Kini Alfie dan rakannya berada dalam keadaan bahaya kerana entiti jahat mengekori dan mengancam untuk menghapuskan mereka.

Apa yang akan berlaku kepada Alfie, Nara dan rakan mereka? Mampukah mereka lepaskan diri dari kutukan iblis ini, atau sebaliknya?

So macam mana nak dapatkan tiket ini? Korang mestilah:

1.Like FB & Instagram Lobak Merah
2.Beritahu kami kenapa korang patut dapat tiket movie ni dan jangan lupa tag kawan korang yang kaki movie dalam ruangan komen
3.Share kan post ini

Tu je! Bagaimanapun ia tertakluk pada terma dan syarat

Terma & syarat

  • Peraduan berakhir pada 6 September 2020, 11.59 PM
  • Setiap pemenang akan dapat 2 tiket
  • Berumur 18 tahun keatas. Dibawah 18 tahun takkan layak dapat Giveaway ini.
  • Pemenang akan dipilih secara rawak oleh Team Lobak Merah.
  • Hanya terbuka untuk standard seats.
  • Tidak boleh ditukarkan kepada tunai dan tak boleh non-entendable
  • Tiket percuma boleh ditebus pada 8.00PM, 8 September 2020 di TGV Cinemas, One Utama.
  • Segala info peribadi yang kami kumpulkan akan dikendalikan dengan baik mengikut polisi peribadi dan undang-undang privasi. Team LOBAK MERAH tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda yang dikumpulkan untuk peraduan ini kepada mana-mana pihak ketiga.
  • Sekiranya pemenang yang dipilih tidak dapat mengesahkan kehadiran dalam masa 12 jam selepas dihubungi atau selepas 3 percubaan untuk menghubungi, yang mana lebih awal,Team Lobak Merah  mempunyai hak untuk memilih pemenang lain dari penyertaan yang layak. Proses ini akan diteruskan sehingga tiket telah diberikan.
  • Kemasukan harus menggunakan nama pemenang, gambar, lokasi, pendapat dan / atau rakaman suara untuk tujuan publisiti tanpa pampasan, pertimbangan atau kebenaran tambahan, kecuali jika dilarang oleh undang-undang.
  • Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerosakan, dan tuntutan jika berlaku apa-apa pada tiket yang telah diberikan.
  • Lobak Merah mempunyai hak mutlak untuk meminda, menyemak dan / atau mengubah mana-mana terma dan syarat atau menukar mana-mana aspek pemberian pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dan tanpa memberikan apa-apa sebab.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.