in

Gigit Dan Muntahkan Semula, Lelaki Terselamat Dari Serangan Ikan Jerung Ketika Meluncur

4Jerung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang peluncur berkongsi detik-detik mendebarkan selepas diserang seekor ikan jerung yang dipercayai jenis bull shark. 

Jeremy Carr, 41 hampir kehilangan kakinya ketika beliau meluncur di pantai berdekatan rumahnya selepas dibaham seekor ikan jerung. Menurut laporan The Sun, Carr hanya menyedari kakinya cedera dibaham ikan jerung selepas kembali ke pesisiran pantai.


Screenshot 2021 12 18 At 2.53.39 Pm

Pada mulanya, Carr menyangkakan dia hanya digigit oleh ikan kecil. Namun selepas dia kembali ke atas papan luncurnya, seekor ikan jerung telah membaham kaki kirinya. Walau bagaimanapun pemangsa tersebut telah memuntahkan kembali kakinya.

Menurut Carr, gigitan ikan jerung itu sangat tajam dan beliau juga merasakan satu tekanan yang kuat pada kaki yang digigit itu. Kesan gigitan dan kesakitan jelas kelihatan selepas Carr kembali ke pantai.

Screenshot 2021 12 18 At 2.53.59 Pm

Carr turut menambah, ketika dia bertanya kepada peluncur lain mengenai kejadian itu ketika masih di laut, peluncur lain itu hanya berdiam diri. Carr menganggap tiada sebarang kecederaan yang dialami beliau berdasarkan respon peluncur lain ketika itu.

Sejurus berada di pantai, Carr yang cuba berjalan terkejut melihat kaki kirinya itu hanya tinggal tulang dan cebisan kakinya kelihatan berada berdekatan dengannya. Mangsa kemudiannya terduduk dipantai sebelum dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan.

Screenshot 2021 12 18 At 2.54.08 Pm

Pihak perubatan percaya ikan jerung yang mengigit Carr itu adalah dari jenis bull shark berdasarkan kesan gigitan dan jarak gigit pada kaki Carr.

Baca: Warga Emas Terlepas Dari Dibaham Buaya, Guna Pisau Lipat Untuk Selamatkan Diri

Screenshot 2021 12 18 At 2.55.03 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.