Bekas suami kepada seorang wanita nekad membunuh bekas isterinya selepas mendedahkan aib penceraian mereka secara terbuka menerusi aplikasi media sosial TikTok.
Memetik laporan Mirror UK, suspek telah menembak mati bekas isterinya itu Isnin lalu selepas melihat video pendedahan penceraian mereka yang dimuatnaik di akaun TikTok milik mangsa. Geram atas pendedahan itu, lelaki tersebut nekad membunuh isterinya sebelum bertindak membunuh dirinya sendiri.
Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian telah menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Mayat mangsa dijumpai berdekatan pintu kediaman dengan luka di bahagian belakang kepalda dan kesan darah kering pada wajahnya.
Pihak polis juga telah menjumpai mayat suspek di dalam bilik tidur rumah mangsa dengan kesan tembakan di kepada serta terdapat sepucuk pistol di tangannya berserta nota bunuh diri.
Baca: Badan Kebas & Susah Bernafas, Kutip Duit Yang Dijumpai Jadi Punca Wanita Ini Hampir Mati