in

GEMPAR! Penduduk ‘Kabur’ Dari Kampung Bila Petugas Perubatan Datang Sebab Takut ‘Cucuk Hidung’ Covid Test

Featured4

Sudah tentu penduduk akan akur dan patuh jika pihak perubatan melawat untuk melakukan ujian Covid-19 tapi tidak bagi warga kampung di Kota Serang, Indonesia ini.

Menurut Suara, seluruh penduduk di Kampung Sumur Pecung berpakat melarikan diri hanya kerana takut untuk menjalani ujian saringan itu. Difahamkan, mereka telah dimaklumkan bahawa petugas perubatan akan membuat lawatan dan mahu melakukan Covid Test pada 25 Jun baru-baru ini.

Majoriti penduduk kampung itu kemudian bertindak meninggalkan rumah mereka sejak awal pagi lagi. Bukan hanya yang di rumah, peniaga kedai runcit dan barangan basah juga telah menutup kedai gara-gara turut berasa takut.

Covid5

Covid2 2

Malah, sehingga berita itu dilaporkan juga petugas perubatan dan pihak berkuasa masih belum dapat tahu keberadaan mereka semua.

Ketika disoal, seorang warga kampung itu berkata kebanyakannya lari kerana takut untuk dicucuk hidung seperti yang dilakukan petugas perubatan yang menjalankan Covid Test.

Covid4 1

Menurutnya, penduduk kampung tidak diberi penjelasan bagaimana ujian itu akan dilakukan. Semua hanya nampak di melalui video di media sosial proses lendir dikeluarkan dari hidung.

“Namanya juga orang kampung yah, jadi harus jelas informasinya. Ini kan warga takut karena di medsos kan banyak video yang diambil lendirnya itu dari hidung. Dan alat kesehatannya juga belum tentu steril. Katanya itu dipakai beberapa kali. Nanti yang sehat malah ketular lagi.”

Ketua kampung itu pula mengaku telah menemukan petugas kesihatan dengan penduduk sejak hari Jumaat (19 Jun) namun mereka tidak boleh memaksa mereka untuk datang membuat ujian saringan tersebut. Bagaimanapun, menurut laporan sesetengah penduduk telah pun menjalani ujian itu.

“Namanya juga masyarakat awam yah. Saya sudah arahin pada warga sudah sosialiasi sejak Jumat kemarin, saya juga bingung yah kenapa mereka pada kabur. Saya juga gak tahu mereka pergi kemana, ada yang pergi ziarah ke Banten atau pergi ke pasar. Tapi meskipun begitu ada aja warga yang berani ikut tes. Sekarang sudah puluhan pada datang lagi untuk rapid test.”

Covid3

Macam macam halllll~

Baca: “Berkeras nak buat ritual sendiri” – Ramai Ahli Keluarga ‘Culik’ Mayat Mangsa Covid-19 di Indonesia Dari Bilik Mayat

Feature4 2

Sumber: Suara Banten