Pelawak Along Cham yang hadir ke Mahkamah Syariah Persekutan Putrajaya bersama ibunya pagi tadi mendedahkan punca dia memfailkan lafaz cerai taklik terhadap isterinya iaitu Afreena Suhaimi.
Menurut Along atau nama sebenar Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, isterinya itu telah melanggar tiga perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan yang membawa kepada jatuhnya lafaz taklik.
Jelasnya, Afreena melanggar lafaz taklik tersebut pada tahun lalu dan akan mengesahkan lafaz tersebut di Mahkamah Syariah Sepang, Selangor dalam masa terdekat.
Artikel berkaitan: Along Cham Sahkan Lafaz Cerai Taklik 11 Pagi Ini?
Along berkata, antara taklik yang dilanggar Afreena ialah tidak patuh dan membelakangkan suami.
“Memang mengejutkan semua dan semua ibarat drama yang ada plot twist. Jadi, ini tindakan pertama saya lakukan selepas keluar dari ‘madrasah’ (penjara) semalam.
“Sebelum ke mahkamah untuk failkan pengesahan itu, saya perlu dapatkan beberapa dokumen penting seperti sijil nikah termasuk kad pengenalan saya yang masih dalam simpanan ‘mak lampir’ (Afreena).
“Dia langgar taklik itu beberapa bulan lalu iaitu tahun lepas. Buat masa sekarang saya tak boleh nak cerita panjang sebab masih belum selesai,” ujarnya.
Difahamkan, Along diarahkan untuk memfailkan lafaz taklik itu di Mahkamah Rendah Syariah Sepang kerana rumahnya beralamat di daerah sana.
Sepatutnya failkan lafaz taklik pada 16 Disember
Katanya lagi, dia sepatutnya ingin memfailkan perkara tersebut pada 16 Disember lalu namun ia tidak terjadi apabila ditahan pihak polis akibat memiliki dadah pada 14 Disember lalu.
Dalam pada itu, Along tidak menafikan wujudnya orang ketiga yang menjadi punca masalah rumah tangganya.
“Saya sampai tahap sudah habis sayang rumah tangga saya. Saya juga sudah beri peluang dan mengejutkan dia tetap melanggar, saya tak sangka.
“Mengenai kecurangan isteri saya tak boleh buat huraian, tapi orang ketiga itu memang wujud.
“Cuma ini bukan ke arah curang. Banyak kali dah macam-macam dia buat saya dekat belakang,” ujarnya.
Untuk info, Along mendirikan rumah tangga bersama Afreen pada 4 April tahun lalu selepas lapan tahun menduda.
Sumber: Astro Gempak