in

Gelabah Pemandu Tengok Ada Wanita Menari Atas Lori

Page P

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Gelabah Pemandu Tengok Ada Wanita Menari Atas Lori
Loading
/

Siapa tak gelabah weh kalau jadi macam ni!


Baru-baru ni, pengguna jalan raya di Jambatan Thanh Tri di Hanoi dikejutkan dengan penampakan seorang wanita yang selamba menari-nari dekat atas lori. Ha, dah kenapa?

F3 1
sumber: facebook

Melalui posting di Facebook, mereka mengatakan bahawa beratus-ratus kenderaan cuba memberikan isyarat kepada pemandu lori tersebut mengenai wanita berkenaan yang ada di bahagian atas kontena lori.

F2
sumber: facebook

Bila pemandu lori tu dah sedar yang ada orang ‘menumpang’ lorinya, dia pun hentikan di tepi jalan dan orang ramai mula membantu nak turunkan dan selamatkan wanita tu. Ye lah, kang tak pasal-pasal terjatuh masa tengah bergerak.

F4 1
sumber: facebook

Yang peliknya, wanita tu tak nampak macam dia nak turun atau mungkin dia bukan dalam keadaan yang waras untuk turun elok-elok dari lori tu. Nasib baiklah, ada pemandu lori lain yang bertindak menghentikan lorinya bagi memudahkan wanita itu turun dari situ.

F5
sumber: facebook

Malangnya, bila dah berjaya turunkan, wanita tu pulak macam ada masalah nak berdiri dan berjalan dengan betul. Pulak dahh..

So, lelaki tadi yang membantunya turun terus angkat wanita tu dan ‘campak’ dia kat tepi jalan sebelum semua bertempiaran lari tinggalkannya dan tempat kejadian.

F6
sumber: facebook

Kejadian tersebut telah berjaya dirakamkan dan di penghujungnya wanita tu pun merangkak dari tepi ke tengah jalan. Nasib baik tak kena langgar!

Menurut Tin.Gay, salah seorang saksi memberitahu,

“Perempuan tu tiba-tiba je muncul dari atas lori tu. Kami pun tak tau macam mana dia boleh ada dekat atas tu.”

Masih tiada laporan lagi macam mana dan kenapa wanita itu ada dekat atas lori tu. Ada spekulasi mengatakan kemungkinan wanita itu mabuk dan ada juga yang mengatakan mungkin dia ada masalah mental.

Nasib baik tak jatuh!

Baca: Tumbuk, Tendang Sebab Kena Tegur Buat Bising

Pukulorang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.