in

“Gatal nak melancong, menyemak kat negara orang” – Rakyat Malaysia Bengang Tengok Mat Salleh Mengemis Minta Duit Nak Travel

Bp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang jalan-jalan di sekitar ibu kota terutamanya di kawasan Pudu Raya, pasti korang nampak warga-warga asing akan minta bantuan daripada masyarakat tempatan kan?


Pada mulanya mungkin boleh tutup sebelah mata je, tapi bila kegiatan ini dah tak boleh dibendung ia dah mula buatkan ramai rakyat Malaysia naik jelak.

 

Kalau dah tak ada duit, buat apa menggatal nak melancong

66379724 2199250050197378 1720668266482892800 N  66482165 2199250076864042 7254986205815635968 N

“Jika anda melalui jalan ke Pudu Raya, Kuala Lumpur, pasti anda akan terserempak dengan ‘backpacking’ yang meminta sedekah memohon kasihan untuk kembali ke negara asal atau melancong ke seluruh dunia.”

“Persoalannya, kalau dah tak ada duit buat apa gatal nak melancong dan menyemak kat negara orang?”

66499412 2199250113530705 2447759792509288448 N

 

“Apa pihak berkuasa lakukan?”

“Masalah ‘backpakers’ ini bukan berlaku di Malaysia sahaja, malah di seluruh negara Asia dan negara berpendapatan rendah.”

“Antara pelancong ‘backpakers’ ini datangnya dari Australia, Eropah dan Rusia.”

66397097 2199250010197382 8741352010458071040 N

“Ada juga antara mereka yang tak malu atau takut untuk ‘busking’ atau buat persembahan hingga mengganggu pendapatan anak seni tempatan yang mencari rezeki menyanyi di jalanan.”

“Kesimpulannya… apa pihak berkuasa tempatan lakukan? Takkan tengok Mat Saleh, hati jadi lembut tak ambil tindakan?”

Kenyataan secara terbuka Facebook Santai ini mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia yang turut rasa jelak dengan kegiatan warga asing ini.

Ada yang mendakwa mereka orang barat ni, cuba ambil kesempatan terhadap kita orang asia yang berbudi bahasa ni.

 

Pandai raih simpati, sebab orang Asia terkenal dengan sikap menyanjungi orang Barat – Netizen

Melancong Melancong2 Melancong3 Melancong4

Hmm, kalau ikutkan ia sebenarnya bergantung kepada keikhlasan orang dalam bab-bab derma ni, tapi dalam masa yang sama takkan lah kita nak biarkan kita dipijak kepala kan? Nanti makin melarat.

 

Baca : Nak Bercuti Ke Maldives Tapi Poket Kering? Lelaki Ni Kongsi Itinery 4H3M Ala Backpacker Yang Super Jimat!!

Malvies

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.