Memang dah jadi lumrah lah kan ada kalau sesetengah parents didik anak dengan cara yang garang bila diorang buat silap.
Lagi-lagi kalau Asian parents tu, penyangkut baju, rotan, tali pinggang memang dah pernah rasa! Tambah pula kalau anak-anak jenis dramatik pakej sekali dengan propa bila kena marah walaupun tak adalah teruk mana pun.
Sama cerita macam video yang dikongsikan di TikTok baru-baru ini. Anak bukan main drama sampai berguling atas sofa sebab kena marah. Tapi, aksi hujung ayah dia yang buat semua berdekah!
@fina_nor_erna Takk sebenarnya aku pun tak sangka lawak dia tu? #fyp
Mana taknya, ayah dia dah ready tali pinggang kat tangan. Konon nak tunjuk garang lah tu depan anak-anak. Tachod betul! Bila nampak anak makin kuat nangis, boleh pula ayah dia bentukkan tali pinggang macam ular ala-ala Jep Sepahtu tu. Macam-macam hal lah! Ahahaha…
“Nasib baikla suaminya sempat tangkap ular tu ?, sis kena jaga2 yg ular abg tu bahaya” – Komen netizen
Gelagat anak beranak itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen di bahagian komen yang mengatakan anak pandai drama disebabkan ayahnya yang kelakar dan sama-sama melayan perangai ‘gila’ anaknya.
Ramai juga tak menjangkakan ayahnya akan melakukan lawak sebegitu termasuklah isterinya. Ini kerana tujuan isterinya merakam video tersebut hanyalah sekadar untuk simpanan peribadi tapi lain pula jadinya! Samalah dengan min! Beria ingat betul-betul kena sebat ke ni?
Fuh, teringat pula min kecil-kecil dulu… Rotan tu wajib ada kat rumah… Biasalah, anak buat salah memang kena didik dengan betul, tapi jangan garang sangat pula… Fun tu kena ada juga sekali sekala hehehe…
Baca: “Alahai sayangnya dia kat abg” – [VIDEO] Adik Perempuan Nangis Sedih Tengok Abang Kena Sunat