in

Gara-Gara TikToker Indonesia Salah Sebut 1 Sen Jadi 1 Ringgit, Ramai Malaysian ‘Singgah’ Di Komen

Page Sen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kata yakin tu penting, betul tak?


Kalau bercakap mengenai nilai wang, sudah semestinya berbeza mengikut negara. Sesetengah negara juga masih lagi menggunakan duit syiling untuk dibuat belanja kerana nilainya masih lagi relevan di negara mereka.

Seperti seorang TikToker dari Indonesia yang memang terkenal dengan hobinya yang mengumpul barangan antik dari macam-macam negara, telah kongsikan satu video yang berkaitan dengan negara kita.

@asrorkhb

Balas @lesbalescoy yuk guys follow ISTAGRAM gua yah guys #barangkunoasrorkhb #malaysia #uangmalaysia #uangkuno #fypシ

♬ Quirky – Oleg Kirilkov

Menerusi akaun miliknya iaitu @asrorkhb, dia membuat video sebagai balasan komen dari netizen yang bertanyakan sekiranya dirinya mempunyai duit syiling dari Malaysia ataupun tidak. Tetapi disebabkan kesilapannya buat ramai Malaysian ‘singgah’ di bahagian komen.

“Ini 1 ringgit loh gais”  – TikToker Indonesia

Full Tiktok

Bukan itu sahaja, dia juga mengatakan gambar di belakang duit syiling itu merupakan sejenis pokok sedangkan ia merupakan sejenis rebana ubi. Jangan salahkan dia gais… Ada juga antara kita yang baru tahu gambar sebenar belakang syiling tu, betul tak?

2

Malah ada juga beberapa orang Malaysia yang memberi komen bahawa mereka turut teruja melihat duit syiling 1 sen tu masih lagi wujud dan turut berkongsikan pengalaman mereka menggunakan duit syiling tersebut untuk membeli barang pada tahun 80-an dan 90-an.

“Dulu tak cukup duit, boleh je korek2 beg duit jumpa 1 sen… Trus bayar” – Komen Netizen

Duit syiling bernilai satu sen versi yang ditunjukkan oleh TikToker itu mula digunapakai pada tahun 1989 sehingga 2008 tetapi versi yang terawal dikeluarkan adalah pada 1967.

Takpelah mas… Yang penting ramai dah betulkan… Min terhibur baca komen semua… Hahaha…

Baca: “Boleh ada dokumentari sendiri” – Kerap Kongsi Ilmu, TikToker Dipuji Kongsi Fakta Mengenai Telur Siput Gundang

Untitled 2

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.