in

“I punya je dah RM300” – Lelaki Bosan Isteri Tak Jaga Badan, Tapi Netizen Persoal Bagi Nafkah RM50 Je Sebulan?

Page Kahwin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehidupan yang bahagia selepas berumah tangga sememangnya menjadi idaman dan juga impian setiap pasangan yang dah berkahwin. Lagi-lagi kalau dapat partner yang selalu sokong je apa yang kita buat, memang seronok!


Tapi tak kurang juga yang dah mula rasa bosan dengan pasangan sendiri lepas dah lama berumah tangga dengan alasan partner tak lagi rajin menjaga diri dan kecantikan diorang.

Macam satu video yang tular di TikTok sebelum menjadi perdebatan dikalangan warganet di Twitter pula gara-gara penulisan yang berbentuk luahan ditulis oleh seorang suami terhadap isterinya selepas 2 tahun dah berkahwin.

@dhaliashah

Semoga kalian dijodohkan dengan suami yang faham akan tanggungjawab dlm rumahtangga dan sedar diri ? #fyp #rumahtangga #perkahwinan #fypシ #kisahviral

♬ Finger Dance TikTok – غزلان

Dari penulisan itu, dia meluahkan perasaan dengan mengatakan bahawa dirinya mula berasa bosan apabila isterinya tak lagi menjaga kecantikan diri selepas melahirkan anak pertama mereka sebaik saja usia perkahwinan masuk tahun kedua.

“Lepas wife aku beranak anak pertama, aku jadi bosan dengan wife aku… Lagi2 aku tengok dia takde langsung nak jaga badan, jaga kecantikan” – Tulis lelaki itu

“Padahal tiap bulan aku bagi RM50 kat dia…”

Apa yang mengundang kecaman orang ramai adalah pemberitahuan lelaki itu tentang nilai duit belanja yang diberikan kepada isterinya sebanyak RM50 je sebulan untuk beli keperluan yang boleh mencantikkan lagi dirinya.

Siap kata dirinya mampu untuk kahwin lagi satu haa…

Twt Full 1

Tak kurang  juga yang meminta agar wanita-wanita di luar sana mempunyai simpanan sendiri agar dapat belanjakan diri tanpa mengharapkan duit dari suami sepenuhnya. Self-reward lah kot kan orang kata…

Baca: Lelaki Bina Rumah Berpusing Gara-gara Isteri Merungut Bosan Tengok Pemandangan Sama

Untitled 2 7

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.