in

Gara-gara Tak Bagi Tengok TV, Anak Tergamak Baling ‘Remote’ Pada Bapa Usia 74 Tahun

Baling Remote Tv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya kerana berang dengan bapa yang selalu menonton televisyen dengan kuat, seorang anak tergamak membaling alat kawalan jauh ke arah bapanya sehingga menyebabkan kecederaan di kepala.

Insiden yang berlaku di Taman Bukit Teratai, Ampang itu melibatkan bapa yang berusia 74 tahun manakala anaknya pula berusia 41 tahun.


Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi dikatakan berlaku selepas perselisihan faham di antara mereka.

Pexels Karolina Grabowska 5202959
Gambar hiasan

“Punca adalah disebabkan suspek tidak membenarkan pengadu menonton televisyen dan suspek kemudiannya membaling alat kawalan jauh televisyen mengenai bahagian kepala mangsa sehingga mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau turut memberitahu, suspek telah ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada pukul 2.20 petang hari yang sama.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan tisu pada bahagian dahi dan telah menerima rawatan di Hospital Ampang.

Selain itu, suspek juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil saringan ujian air kencing juga bebas dari sebarang dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.

Baca: Bapa Tergamak Tinggalkan Anak Tidur Tepi Jalan Beralaskan Kotak, Sebab Nak Pergi Memancing?

Kanak Kanak Tidur Tepi Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.