in

Gara-Gara Simpan Sampai 4 Tahun Stok Lama Dipenuhi Najis Haiwan, Pasar Raya Diarah Tutup Serta Merta

Pasar Raya Diarah Tutup Serta Merta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang bayangkan waktu tengah nak ambil barang sejuk beku dalam peti sejuk dekat pasar raya, tiba-tiba korang nampak banyak najis serta stok yang busuk disimpan. Memang sangat geli dan meloyakan tekak. Auto tak nak pergi dah!

Baru-baru ni, menurut Astro Awani, sebuah pasar raya di Jasin diarahkan tutup serta merta selepas dikesan menyimpan stok barangan makanan yang dipenuhi dengan najis haiwan.


awani

Dalam serbuan sekitar pukul 11 pagi itu, pasar raya tersebut turut dikesan menyimpan ayam dan ikan busuk sehingga beku selain makanan yang telah expired selama 4 tahun iaitu pada 2018 lalu.

Selain berbau busuk akibat najis bersepah, pemilik premis terbabit juga didapati seolah-olah membiarkan gudang makanan itu dijadikan sebagai tempat perlindungan haiwan dengan longgokan najis yang dibiarkan sehingga kering.

Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh dan pihaknya mengarahkan gudang terbabit ditutup serta-merta selama 14 hari selain pemilik pasar raya dikompaun sebanyak RM9,500 di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Katanya lagi, sehingga pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKN) berpuas hati dengan tahap pembersihan, barulah gudang terbabit dibenar untuk buka semula.

Tegasnya, pemilik pasar raya tersebut dikesan melakukan 3 kesalahan besar melibatkan tamat tarikh luput, barangan tiada alamat pengeluar dan kehadiran makhluk perosak di dalam premis.

“Kepada semua milik premis, ini merupakan peringatan keras sekiranya kebersihan makanan tak dijaga, notis penutupan serta merta akan dikeluarkan” – Dr Muhamad Akmal Saleh

Dalam Ops Raya bermula 11 April lalu, sebanyak 7 pasar raya di seluruh Melaka dah diperiksa dan sebanyak RM15,000 kompaun dikeluarkan selain 104 barangan makanan disita.

Kalau nak berniaga, kita kenalah jujur, baru berkat rezeki tu! Betul tak korang?

Baca: “Check betul-betul” – Individu Status Merah Dikesan Check In MySejahtera, Degil Masuk Pasar Raya

bawah 7

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.