in

Gara-Gara Ludah Di Lebuhraya Karak, Pemandu Toyota Alphard Didenda RM400

PEMANDU ALPHARD DIDENDA 400

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 2 bulan lepas, tular di laman TikTok @gpmmachinery memaparkan video pemandu kereta dengan selamba meludah di Lebuhraya Karak dan bawa kereta secara melulu sehingga menjejaskan kelancaran lalu lintas.

2 15

Terbaharu, berikutan insiden berkenaan, seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenama Toyota Alphard telah dijatuhi hukuman denda RM400 oleh hakim Mahkamah Majistret Selayang, Kuala Lumpur semalam, lapor Sinar Harian.


Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas peniaga restoran Lim Koh Ching, 44, yang mengaku melakukan provokasi dan mudarat awam dengan meludah melalui tingkap pemandu di Lebuhraya Karak arah Bentong, Gombak pada jam 3.47 petang 30 April lepas.

3 10

Dia didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama yang membawa hukuman maksimum denda RM400. Tertuduh membayar denda itu.

Bagaimanapun, Koh Ching tidak mengaku bersalah bagi pertuduhan memandu dengan cara melulu serta berbahaya kepada orang awam pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

4 7

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu lima tahun dari tarikh sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Abdul Hilmi menawarkan jaminan RM7,000 bagi  pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan dia menanggung keluarga.

Mahkamah membenarkan Koh Ching diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 September ini untuk sebutan semula kes.

Jadilah pemandu berhemah dan jangan bahayakan keselamatan orang lain okayy!

Baca: “Janji hati puas” – [VIDEO] Akibat Enggan Bayar Denda, Lelaki Tergamak Hancurkan Kunci ‘Clamp’

5 9

Sumber: TikTok
Sumber: Utusan
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.