in

Gara-Gara Lebih Utamakan Bulan Madu Daripada Perjanjian Kerja, Nelydia Diperintah Bayar Ganti Rugi RM89,000

Nelydia Senrugi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Nelydia Senrose diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada Chriszen Malaysia Sdn Bhd berjumlah RM89,144.03 selepas syarikat kosmetik itu memenangi kes saman terhadapnya, yang didakwa telah melanggar perjanjian sebagai duta jenama produk itu tahun lepas.


Menurut Harian Metro, heroin filem Jebat itu selaku defendan kedua diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah untuk:

  • membayar ganti rugi khas bagi penyediaan acara berjumlah RM16,869.03
  • ganti rugi am – RM10,000
  • mengembalikan kos perkhidmatan – RM62,275
  • membayar kos – RM10,000

Nely1

Nely2

Bagi kos perkhidmatan pada asalnya berjumlah RM102,275 namun mahkamah berpendapat defendan kedua hanya perlu membayar RM62,275 kepada plaintif, selepas mengambil kira Nelydia sudah membelanjakan RM40,000 bagi sesi fotografi.

Shamsudin dalam penghakimannya berkata pelakon itu tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasnya sebagai duta jenama produk kecantikan terbabit.

“Mahkamah mendapati defendan lebih mengutamakan bulan madu perkahwinannya daripada mematuhi perjanjian duta jenama berkenaan. Oleh itu, mahkamah mendapati alasan sebenar mengapa beliau tidak menghadiri acara pelancaran produk Chriszen adalah kerana bulan madu dan bukan kerana plaintif (Chriszen) tidak memberi notis secukupnya.”

Plaintif telah memaklumkan kepada Nelydia sejak 8 Mac 2019 tentang acara yang akan diadakan pada 25 April 2019 dan dipersetujui oleh syarikat yang menguruskan Nelydia iaitu Alfie Management Sdn Bhd, bagi pihaknya.

Nelydia sendiri juga mengetahui dia tidak dapat hadir acara itu sejak 24 Mac 2019, namun hanya memaklumkan kepada plaintif mengenai ketidakhadirannya 19 hari kemudian iaitu pada 12 April 2019.

“Mahkamah berpuas hati bahawa mesyuarat yang diadakan pada 12 April 2019 adalah atas inisiatif plaintif dan jika tidak kerana mesyuarat itu, plaintif tidak akan tahu yang defendan kedua tidak dapat hadir pada acara itu.”

“Mahkamah turut berpuas hati dengan keterangan yang menunjukkan defendan kedua (Nelydia) gagal mematuhi terma-terma perjanjian dan tindakan plaintif mengeluarkan notis 30 hari kepada defendan kedua untuk menjawab e-mel yang dihantar kepadanya adalah berasas.”

“Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah mendapati pihak plaintif berjaya membuktikan kes dan defendan kedua sudah gagal untuk membuktikan pembelaannya. Oleh yang demikian, tuntutan saman plaintif dibenarkan.”

Baca: “Aku akan hancurkan kerjaya kau, untuk bagi kau malu” – Syamsul Yusof Buat Laporan Polis, Diri & Keluarga Diancam Individu Tak Dikenali

Ugut Syamsul Fam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.