in

Gara-Gara Lagu Permintaan Tak Dimainkan, Pengantin Perempuan Enggan Masuk Dewan Kahwin

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk melangsungkan majlis perkahwinan, banyak perkara yang perlu diambil kira. Namun, kadang kala bukan semuanya akan terjadi seperti yang telah dirancang meskipun persiapan rapi sudah dilakukan.


Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan seorang pengantin perempuan enggan memasuki dewan perkahwinannya gara-gara lagu yang diminta tidak dimainkan.

1 12

3 7

Dalam video tersebut, pengantin perempuan itu hanya menunggu di luar dewan dengan muka yang muram, sambil cuba ditenangkan oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Tingkah laku pengantin itu membuatkan keadaan pada ketika itu sedikit kelam kabut. Namun, beberapa individu dilihat cuba meyakinkan beliau bahawa lagu tersebut akan dimainkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pengantin perempuan itu akhirnya masuk ke dalam dewan selepas lagu tersebut dimainkan oleh pihak pengurusan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan tindakan pihak penganjur yang tidak menuruti permintaan pengantin perempuan itu.

“Apa yang pengantin perempuan minta, mesti ditunaikan walau macam mana sekalipun”, ujar seorang individu di ruangan komen.

Untuk rekod, ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudahpun mencecah hampir 400,000 jumlah tontonan.

 

BACA: Wanita ‘Crash’ Perkahwinan Bekas Kekasih Tapi Dapat Jadi Bini No. 2, Siap Dapat Restu Isteri Pertama!

Capture 10

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.