in

Gara-gara Gagal Dalam Permainan Claw Machine Sebanyak 200 Kali Berturut-turut, Lelaki Buat Laporan Polis

Feat Mesin Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi pengunjung pusat permainan video atau fun fair, sudah semestinya anda pernah terjumpa dengan claw machine yang juga dikenali sebagai mesin menangkap anak patung.


Malah permainan mesin ini banyak diletakkan di kaki-kaki lima, pusat membeli belah dan sebagainya.

Untuk bermain permainan ini, pemain hanya perlu memasukkan duit atau token ke dalam slot mesin dan seterusnya menggerakkan alat kawalan yang disediakan untuk menangkap patung-patung comel yang berada di dalamnya.

Nampak macam mudah kan? Namun permainan claw machine ni sangat susah sebenarnya untuk dikawal. Pemain memerlukan skills dan tahap kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan anak patung tersebut.

Mungkin juga bergantung kepada nasib.

 

Tak puas hati kerana kalah 200 kali berturut-turut

Bagi mereka yang tak berjaya, sudah pasti akan berasa tidak berpuas hati tetapi hanya membiarkan sahaja ketidakpuasan hati itu.

Namun, tidak bagi seorang lelaki di Jepun ini. Gara-gara tidak berpuas hati, dia telah memanggil pihak berkuasa setelah kalah sebanyak 200 kali secara berturut-turut dalam permainan claw machine itu!

Amboi extremenya bang.

Menurut Interesting Engineering, dia merasakan bahawa permainan itu menipu dan hanya menelan duitnya tanpa mendatangkan apa-apa faedah.

Dua orang pegawai polis yang tiba di tempat kejadian bertindak untuk memanggil salah seorang pekerja pusat permainan video tersebut.

Mereka kemudiannya mengarahkan pekerja berkenaan untuk mendemonstrasi cara untuk bermain permainan claw machine yang berada di situ di hadapan mereka.

Mesin Pekerja Dan Polis

Tujuannya adalah untuk membuktikan bahawa permainan claw machine itu bukanlah satu penipuan seperti yang telah didakwa oleh pengadu.

 

Musykil dengan mesin berkenaan

Menurut media tempatan, lelaki tersebut telah berkunjung ke Sega Arcade di Tokyo dengan harapan untuk membawa pulang hadiah daripada claw machine berkenaan.

Feat Mesin 1

Namun, setelah membuat sebanyak 200 kali percubaan, dia gagal untuk mendapatkan sebarang hadiah menyebabkan dia berasa musykil dengan mesin berkenaan.

Pekerja yang telah diarahkan untuk menunjukkan cara bermain permainan tersebut di hadapan pegawai polis itu juga dikatakan gagal untuk mendapatkan hadiah daripada mesin tersebut.

Menurut sumber, pekerja itu yang cuba untuk mendapatkan hadiah telah gagal sebanyak 300 kali berturut-turut!

Mesin Pekerja 1

Wow, betul-betul mencabar permainan ni. 

Selepas percubaan kali ke 300, pekerja berkenaan berputus asa dan membetulkan kedudukan hadiah yang berada di dalam mesin. Setelah itu, barulah dia berjaya untuk menangkap hadiah tersebut.

Disebabkan dia akhirnya berjaya mendapatkan hadiah, pihak polis tidak mengenakan sebarang tindakan.

 

Bergantung kepada kebolehan dan nasib pemain

Wakil jurucakap Sega Arcade berkenaan telah menjelaskan bahawa permainan claw machines ini bergantung kepada kebolehan dan nasib pemain untuk memenanginya. Pemain juga boleh mendapatkan bantuan daripada pekerja arked berkenaan.

Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai cara extreme yang sanggup dilakukan oleh para pemain semata-mata untuk memenangi hadiah daripada claw machines ini.

Antaranya termasuklah menterbalikkan dan menggegarkan mesin. Malah ada yang sanggup merangkak masuk ke dalam mesin untuk mendapatkan hadiah yang diidamkan.

Ni baru betul see my level.

Baca: Tobat naik natang tu – [VIDEO] Pengunjung Tercampak, Kerusi Permainan Spiral Jet Tercabut Kat Fun Fair

Baca Mesin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.