in

Gara-gara Dengar Cakap Jiran, Warga Emas Masuk Wad Lepas Minum ‘Herba Beracun’ Untuk Ubati Ketagih Alkohol

Ft Warga Emas Keracunan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki dari Maha Sarakham, Thailand dikejarkan ke hospital selepas mengambil ramuan yang diperbuat daripada tumbuhan bertoksik kononnya dapat membantu untuk merawat masalah ketagihan alkohol. Lelaki itu mengalami gejala teruk iaitu kaku dan kekeliruan.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 27 Ogos lalu, yang mana perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke sebuah rumah di kampung Nong Kha, mukim Tha Tum di Thailand.


Artikel berkaitan : “Aku keracunan 5 hari” –  Pelanggan Temui Ulat Sampah Dalam Makanan Dekat Restoran Di KL

Artikel berkaitan : Murid Darjah 4 Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan Di Sandakan

Lelaki berusia 62 tahun yang dikenali sebagai Thongdaeng itu ditemui dalam keadaan kekeliruan melampau dan keadan fizikal yang kaku selepas meminum ramuan yang diperbuat daripada Datura Metel, atau dikenali sebagai Makuea Baa.

Isterinya yang berusia 52 tahun, Ratree, telah menyediakan minuman itu sebagai ikhtiar kepada tabiat meminum alkohol suaminya.

Ratree, yang menghidap penyakit strok, dinasihatkan oleh jiran untuk menggunakan tumbuhan itu kerana dipercayai dapat membantu mengurangkan ketagihan alkohol. Dia memperoleh tumbuhan itu dari kampung jiran dan mula menyediakan kepada suaminya pagi semalam.

Screenshot 2024 08 29 120749

Namun malangnya pada waktu petang, Thongdaeng menunjukkan simptom keracunan teruk termasuk kesukaran bercakap, anggota badan tak boleh bergerak, dan matanya bertukar merah.

Apabila sukarelawan perubatan kecemasan tiba, mereka mendapati Thongdaeng dalam keadaan teruk tersebut dan menunjukkan petanda yang serupa dengan mangsa strok. Selepas pertolongan cemas dibuat, dia dipindahkan ke Hospital Maha Sarakham untuk rawatan segera.

Kakak ipar Thongdaeng iaitu Bunlom, menceritakan bahawa Ratree, terdesak untuk membantu suaminya berhenti minum dan mengikuti nasihat jiran tanpa mengambil kira potensi bahaya.

Namun mujurlah kakitangan hospital dengan pantas dapat mengenal pasti simptom keracunan dan bertanyakan tentang pemakanan Thongdaeng dalam masa terdekat.

Setelah mengetahui tentang minuman Metel Datura itu, mereka mengarahkan untuk berhenti memberikan ramuan tumbuhan itu kepadanya dan melakukan rawatan. Bagaimanapun, mujur Thongdaeng telah stabil dan doktor menjangkakan dia akan dibenarkan keluar dari hospital semalam.

Toxic Plant E1724815030895

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Maha Sarakham di media sosial, orang ramai diberi amaran mengenai toksik bahaya dalam Datura Metel. Ia mengandungi bahan antikolinergik yang kuat seperti atropin, scopolamine, dan hyoscyamine yang boleh menyebabkan masalah neurologi dan jantung yang serius.

Sumber : Thaiger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.