Seorang remaja lelaki 13 tahun dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari rumah tanpa membawa telefon bimbit di Kampung Pinang Jawa, Gita, Sarawak.
Menurut Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, pihak mereka telah menerima panggilan yang melaporkan tentang kes tersebut kerana remaja itu dikhuatiri hilang di dalam hutan pada jam 1 pagi tadi.
Remaja lelaki itu dikatakan melarikan diri ke hutan selepas merajuk akibat berselisih faham dengan ibunya.
Artikel Berkaitan: Lelaki Hilang Lepas COD iPhone, Sempat ‘Video Call’ Tunang Minta Tolong
Artikel Berkaitan: Jim Thompson: Kisah Kehilangan Misteri ‘Businessman’ Amerika Di Cameron Highlands Pada 1967
Pihak bomba kemudiannya membuat pencarian di sekitar belukar yang dikatakan kawasan mangsa terakhir kali dilihat.
Tak lama kemudian, remaja itu ditemui sedang bersembunyi di dalam tandas surau.
Pintu tandas itu dikunci dari dalam ketika mangsa ditemui.
Pihak bomba juga telah membantu memujuk remaja itu untuk keluar dan bertemu semula dengan ahli keluarganya.
Setelah mangsa setuju mahu keluar, dia diserahkan semula kepada ahli keluarganya.
Semoga masalah mangsa dan keluarganya dapat diselesaikan dengan baik. Apa-apapun, syukur sebab tiada perkara yang tidak diingini kepada mangsa kan.
Sumber: Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak