in

Gangster China Tawar Ganjaran RM650k Lepas Dapat Tahu Mangsa Berjaya Larikan Diri Dari Sindiket

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sindiket penipuan pekerjaan yang menyasarkan rakyat Malaysia untuk dijadikan mangsa sedang berlaku di luar negara terutamanya Laos, Cambodia dan Myanmar ini telah pun mendapat perhatian ramai orang.


Macam yang korang tahu, Selasa lepas seramai empat orang mangsa sindiket penipuan ini telah pun selamat tiba di Malaysia sambil disambut keluarga mereka.

Namun begitu, nak lepaskan diri dari sindiket ini bukannya mudah. Malah, Sin Chew melaporkan bahawa selepas mereka berjaya melarikan diri, gangster China telah menawarkan ganjaran sebanyak RM650,000 kepada orang yang berjaya tangkap semula mereka sama ada hidup atau pun mati.

Menurut dua adik beradik antara yang terselamat ini, sebelum ini mereka telah bekerja sebagai pelayan bar di Singapura sebelum dibuang kerja semasa epidemik.

Dua beradik ini kemudiannya membuat keputusan untuk memohon selepas melihat iklan yang menawarkan gaji yang tinggi di Facebook.

Job Scam Kemboja Laos Klia 11 1

Sekitar bulan Mac, seorang ejen telah membawa mereka masuk ke Thailand menerusi laluan penyeludupan dan di bawa ke Zon Ekonomi Khas Segitiga Emas Laos (GTSEZ).

Selepas tiba di sana, baru mereka sedar yang mereka telah diambil bekerja oleh kumpulan gangster untuk menjadi scammer di internet dan telefon.

Mereka kemudiannya menerima gaji sebanyak RM4,556 pada bulan pertama dan tidak menerima apa-apa bayaran selepas itu. Bila diminta untuk pulang ke Malaysia, mereka diminta untuk membayar sebanyak RM325,463.

Bebas Dari Sindiket, Tapi Ramai Mangsa  Masih Terkandas Gara-gara Tak Ada Duit Nak Bayar Denda

Untuk pengetahuan korang, Malaysia Community Crime Care dan Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia telah menubuhkan yayasan bagi membantu rakyat Malaysia yang terperangkap di Laos, Cambodia dan Myanmar.

Musa Hassan Dan Hishamuddin

Menurut Tan Sri Musa Hassan, mangsa pemerdagangan yang terkandas di luar negara kini terbahagi kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan adalah terdiri dari ahli keluarga yang mampu bayar denda imigresen dan perbelanjaan perjalanan dan satu lagi dari keluarga tak berkemampuan.

Ekoran ini, ramai yang mengharapkan bantuan orang ramai untuk mendapatkan dana bagi membantu mereka, lapor FMT.

Sebagai NGO, saya tak pernah minta duit dari sesiapa, dari kerajaan pun tak. Tapi kita nak bantu orang yang telah menjadi mangsa.” kata bekas Ketua Polis negara ini.

Kalau korang berminat nak bantu lebih ramai lagi mangsa pulang ke Malaysia korang boleh hubungi talian 011-2905000

 

Baca: “Tak lari pun mati” – Orang Laos Korek Terowong, Bantu Rakyat M’sia Lari Dari Dijual Sindiket

Korek Terowong Rakyat Malaysia Lari Laos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.