in

Gangguan Seksual Tinggi Di Korea Selatan, Wanita Ini Tawar Servis Baik Pulih Untuk Pelanggan Wanita Sahaja

Ft K 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup sebagai wanita adalah merupakan perkara yang sangat mencabar kerana risiko untuk berlakunya gangguan seksual ada di mana-mana. 


Perkara ini bukanlah suatu isu yang asing di dunia terutamanya di Korea Selatan.

Kes gangguan seksual yang dicatatkan semakin tinggi sejak 10 tahun yang lalu, dan 90 peratus daripada mangsanya adalah wanita.

Berita itu menyebabkan ramai wanita sentiasa berada dalam keresahan.

Siapa tak takut kalau dah banyak kes dicatatkan!

Capture K 2

Ketakukan yang dirasai menyebabkan mereka merasa tidak selesa untuk mengupah pekerja pembaikan yang kebiasaanya adalah lelaki.

Oleh itu, Ahn Hyung-seon memperkenalkan servis pembaikan dari wanita, untuk wanita.

Minat sejak kecilnya menyebabkan dia terpanggil untuk mewujudkan servis ini berikutan kenaikan kes yang berlaku di Korea Selatan lapor BBC.

Baginya juga proses pembaikpulihan ini adalah mencabar untuk kedua-dua jantina dan bukannya kepada wanita sahaja. 

Menurut Hyung-seon kerja membaikpulih ini juga tidak sukar seperti yang disangka, dan sesiapa sahaja mampu melakukannya.

 

Punyalah teruk kes gangguan seksual di Korea Selatan sampaikan customer terpaksa tunda lama untuk sebarang pembaikan dilakukan.

Ramai di antara mereka merasa tidak selesa berada bersama lelaki tidak dikenali.

Ye la siapa je yang tak risau kalau ada lelaki tak dikenali dalam rumah.

Bagus juga kalau ada servis macam ni dekat Malaysia, tak ada lah min nervous nak servis aircond, kan? So siapa nak mulakan?

 

Baca : Kim Jong Un Menangis Ceritakan Kesukaran Dilalui Korea Utara Tahun Ini

Capture K

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.