in

“Gaji kau dah lah ciput” – Suami Hidup Mengharap Duit Isteri Dikecam Netizen Sebab Complaint ‘Bini Tak Kasi Lepak’

Cim Clubbing2

Macam yang korang tahu, grup Kisah Rumah Tangga di Facebook ni memang menjadi platform khas untuk suami atau isteri mengadu pasal pasangan dorang.

Baru-baru ni, seorang lelaki berhasrat untuk kongsikan “penderitaan” yang ditanggung olehnya kerana isterinya sampai menangis tak kasi dia keluar lepak dengan kawan. Namun perkongsiannya ini buatkan netizen semua marah. Jom baca perkongsian dia ni.

Hi salam smua, aku pinjam fb kawan aku untuk luah perasaan. Aku dah bosan la min dgn anak2 n isteri.

Mana taknya isteri aku ni tak habis2 membebel aku keluar lepak bagai. Dgn kat rumah selekehnya.

Yang anak pulak merengek tak habis2 semak kepala otak. Aku keluar lepak kalau pergi club aku tak usik pun perempuan lain.

Saje2 enjoy dgn member tapi bini aku beria nak nangis la apa la kalau aku keluar lepak. Dia mcm besar kepala.

Mentang2 lah dia bayar smua benda. Aku ni kerja by comission dekat setahun ni mmng gaji takde lebih dri 200. Bini aku gaji 10k keatas, apa la salah tlg suami dgn ihklas ni tak asyk membebel.

Buat muka. Ikutkan hati nak je aku gerak dri smua ni. Lepak ngn kawan2 la boleh buat aku rilek.”

Hahahaha, ada yang bengang tak?

Ekoran dari pengaduan lelaki yang tak masuk akal ni, netizen kebanyakannya meminta lelaki ini untuk ikut je hati dia dan tinggalkan isteri dan anak-anaknya. Sebab, dengan gaji isterinya itu, dia tak perlukan pun suaminya ini.

Screenshot 2020 01 14 At 2.39.00 Pm Screenshot 2020 01 14 At 2.39.12 Pm Screenshot 2020 01 14 At 2.39.24 Pm

Namun ada pula yang mempertikaikan perkara ini dan merasakan yang ianya hanyalah cerita rekaan.

Screenshot 2020 01 14 At 2.50.38 Pm Screenshot 2020 01 14 At 2.51.00 Pm Screenshot 2020 01 14 At 2.53.53 Pm

Kalau cerita ni betul, memang tak sedar dek untunglah lelaki ni!

 

Baca: “Duit mas kahwin lesap” – Pengantin Lelaki Cabut Lari Masa Wedding Biarkan Isteri Tanggung Hutang RM480k

Screenshot 2020 01 14 At 3.11.18 Pm