Gagal Hadir Ke Mahkamah, Datin Dera Pembantu Rumah Dah Larikan Diri?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang ingat lagi tak minggu lepas kes sorang datin ni kena tangkap sebab dera orang gaji dia sampai hampir mati. Tapi semua tak puas hati sebab hakim dah lepaskan dia dari hukuman. Macam manalah boleh terlepas? Hmm…

So, patutnya Datin Rozita Mohamad Ali, 41, kena datang ke mahkamah hari ni sebab nak dengar permohonan semakan semula hukuman yang dikenakan kat dia. Tapi, dia tak hadirkan diri pulak! Berani betul!

Sumber: NST

Menurut Berita Harian, sekarang Mahkamah Tinggi di Shah Alam bagi tempoh seminggu untuk pihak pendakwaan nak kesan Datin ni pergi mana. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad yang kendalikan prosiding tu cakap, dorang dah try cari Datin Rozita sejak semalam sebab nak serahkan notis suruh datang mahkamah tapi tak jumpa.

Sumber: Berita Harian

Lepas tu, menurut The Star pulak, penjamin dia pun tak dapat dikesan jugak walaupun dorang dah cuba cari dekat beberapa lokasi. Muhammad Iskandar pun bagitau yang dia dah siap pergi ke rumah Datin Rozita dekat Damansara, rumah keluarga dia dekat Melaka dan rumah penjamin tapi hampeh, dua-dua dah pi lari mana entah.

Masa kat mahkamah tadi bukan setakat media tempatan je ada tau, reporter dan pegawai dari embassy Indonesia pun datang tau. So, dah jadi macam ni, mahkamah dah tetapkan kes disebut semula pada 29 Mac akan datang.

So, siapa yang tau Datin Rozita ni kat mana, bolehlah bagitau pihak berkuasa.

Baca: Datin Pukul Orang Gaji Hingga Hampir Mati, Hakim Lepaskan Dari Hukuman

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.