in

Gadis Kongsi Bandar KL Dah Bukan Macam Di Malaysia Sebab Penuh Warga Asing!

Dsad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kedatangan warga asing ke Malaysia sangat dialu-alukan kerana dikatakan mereka juga mampu memberi manfaat kepada ekonomi negara kita dan mengembangkan lagi toleransi dan keharmonian hidup berbilang bangsa dalam negara ini.



Namun, dalam kita menerima dengan terbuka kedatangan mereka, ada juga yang mengambil kesempatan dengan menjadikan sesebuah kawasan tersebut bak ‘kampung’ asalnya apabila melakukan tindakan yang bertentangan undang-undang negara seperti berniaga tanpa lesen.

Seperti baru-baru ini, seorang gadis telah berkongsi sebuah video yang memaparkan kawasan bandar raya Kuala Lumpur.

Gadis kongsi bandar KL dah bukan macam di Malaysia sebab penuh warga asing

Video yang berdurasi 40 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan seorang gadis selaku wartawan TV3 telah membuat liputan mengenai kebanjiran warga asing di bandar raya Kuala Lumpur.

@mykhabar

Replying to @nen797 #kotaraya #wargabangladesh #matbangla

โ™ฌ original sound – ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MY KHABAR – ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MY KHABAR

Menerusi video tersebut, dia mendapati bahawa terlalu ramai warga asing yang berkumpul di sekitar bandar raya KL. Namun, keadaan terkawal apabila polis berjaya mengawal warga mereka.

“Ramai warga asing yang berkumpul di sini. Apabila saya jejak di sini, saya merasakan seolah warga asing pula.”

Dia juga mengatakan bahawa perimeter kawasan tersebut telah ditakluki oleh warga asing yang mempraktikkan cara hidup mereka seperi di negara asal.

“Dan ada juga yang membuka perniagaan di kawasan ini.”

Menerusi video kedua, wartawan tersebut sempat menemuramah salah seorang warga asing yang difahamkan berasal dari Myanmar.

@mykhabar

Replying to @yunushassan50 #pelarianrohingya #mintaderma

โ™ฌ original sound – ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MY KHABAR – ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MY KHABAR

“Awak buat apa di sini? Minta derma ke?”

Raih pelbagai reaksi netizen di media sosial

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat keadaan tersebut yang dikatakan agak kritikal dan mempersoalkan pihak berkuasa berkenaan pemeriksaan dan penangkapan warga asing yang dikhuatiri tidak mempunyai dokumen sah.

Screenshot 2022 10 06 At 4.38.38 Pm

Screenshot 2022 10 06 At 4.38.53 Pm

Screenshot 2022 10 06 At 4.39.03 Pm

Apa pandangan korang mengenai isu warga asing ini?

Baca:ย โ€œPergi balik Afrikaโ€ โ€“ Pakcik Maki Hamun Warga Asing Dalam Bas Gara-gara Terlupa Pakai Mask

Screenshot 2022 10 06 At 4.49.14 Pm

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.